NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mak Nyah Ancaman Negara



oleh: Sdr Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor
1. Malaysia hari ini telah dilanda satu fenomena yang sangat kotor, dulunya dikategorikan sebagai isu yang negatif, kini ia menjadi kebiasaan, masyarakat hampir terpaksa menerimanya sebagai normal. Isu yang dimaksudkan ialah fenomena pondan.

2. Pondan yang dimaksudkan di sini adalah lelaki yang ingin mengubah dirinya kepada seorang perempuan. Mereka menukar jantina dan hidup sebagai seorang perempuan, mereka juga disebut sebagai transeksual atau gelaran masyarakat sebagai mak nyah.

3. Perkara yang sangat ditakutkan adalah mereka kini telah menjadi 'trend' dalam masyarakat kita dan mempunyai nama serta populariti tersendiri tanpa dihalang dan diambil tindakan. 

4. Sajat, Riz Ulala, Safiey Ilias dan ramai lagi telah dikenali di kalangan masyarakat. Lebih buruk lagi mereka berani tampil pada umum dengan imej yang sangat tidak beretika. Berpakaian seksi, beraksi dengan gaya tidak bertamadun, dan mereka juga telah melanggar sempadan kemanusiaan dengan mempamerkan pasangan sesama jantina.

5. Menurut undang-undang di Malaysia, kaum ketiga ini masih tidak diiktiraf kerana perundangan kita membezakan jantina mengikut butir peribadi di dalam surat beranak atau kad pengenalan sama ada lelaki atau perempuan. Bahkan mereka telah melakukan kesalahan jika berpakaian menyerupai wanita seperti termaktub dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 iaitu "kesalahan lelaki berlagak seperti perempuan (pondan)" [Seksyen 28].

6. Namun, mereka nampaknya masih bebas dan tiada tindakan dikenakan. Saya percaya ramai maklum, masih banyak lorong-lorong gelap di bandaraya Kuala Lumpur ini yang menawarkan khidmat seks mak nyah dan dilindungi oleh kumpulan-kumpulan tertentu.

7. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan agar mewujudkan satu institusi pemulihan khas kepada golongan ini sebagaimana proses yang telah dilakukan dalam kes dadah dan juvana. Bahkan jenayah pondan ini adalah satu ancaman kritikal dan boleh dianggap sebagai musuh negara. 

8. Ingatlah Rasulullah S.A.W telah berpesan dalam Riwayat Al-Bukhari, "Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki". Allah juga dengan jelas menyatakan penciptaan lelaki dan perempuan dalam Surah Al-Hujurat, ayat 13.

9. Amat malang jika golongan ini terus diberi kebebasan, dan lebih sedih lagi sekiranya mereka diberi perlindungan oleh pihak tertentu. Waspadalah, jenayah pondan adalah musuh umat yang kian merebak. Saya mendoakan agar golongan pondan dan LGBT ini tidak sama sekali diiktiraf di Malaysia.

Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor, Ketua Penerangan Pemuda PAS Batu]

®Diterbitkan Oleh Penerangan Pemuda PAS Batu✓

#socialtalk
#pemudaPASBatu

LIKE FB PAGE
Pemudabatu.com

PLEASE CLICK, LIKE & SHARE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo