NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

LRT 3: Pemuda PAS Tuntut Kos Asal RM 9 Bilion


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menuntut kos projek LRT 3 kembali kepada asal iaitu RM 9 bilion sepertimana yang telah dilancarkan pada 24 Ogos 2016. Bagaimana Menteri Kewangan dalam tempoh 3 hari (9 hingga 11 Julai 2018) menyatakan bahawa kos projek LRT 3 telah meningkat kepada RM 31.65 bilion? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kenaikan tersebut? Seolah-olah maklumat kenaikan itu hanya sekadar ‘anonymous sources’.

Kami juga mahukan penjelasan konkrit daripada pihak Prasarana Malaysia Berhad yang didakwa telah meminta pada masa yang sama satu jaminan kerajaan (bon) berjumlah RM 20 bilion pada bulan Mac 2018 untuk menjalankan projek sedangkan dikatakan juga telah menerima satu kemudahan jaminan kerajaan (bon) sebanyak RM 10 bilion pada tahun 2016 sebelum ini. Adakah benar kerajaan telah memberi kemudahan jaminan secara keseluruhan berjumlah RM 30 bilion kepada Prasarana Malaysia Berhad?

Projek ini perlu dimaklumkan secara telus kepada rakyat. Kenyataan Menteri Kewangan yang diumumkan semalam tidak memuaskan hati rakyat kerana pengurangan kos sehingga RM 16.63 bilion tidak menyamai spesifikasi projek sepertimana yang telah dilancarkan pada tahun 2016, malah lebih mahal! Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga akan menghantar satu notis kepada pihak Prasarana untuk diadakan satu pertemuan pada minggu depan bagi menuntut penjelasan yang sebenar.

Sekian.   

MUHAMMAD FARKHAN MD ZIN ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo