NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

LGBT: Dr Mujahid digesa ambil tindakan terhadap Siti Kassim, Comango dan Bersih




Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 24 Syawal 1439H, Ahad – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof digesa mengambil tindakan terhadap golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), termasuk aktivis liberal, Siti Kassim dan Numan Afifi.

Exco Penerangan dan Kajian Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Muslim Abdullah Zaik berkata, langkah itu perlu supaya sejajar dengan kenyataan Dr Mujahid sebelum ini, bahawa akan menghukum golongan LGBT yang menzahirkan perbuatan dan gerakan mereka.

"Dr Mujahid mesti segera mengambil tindakan terhadap gerakan LGBT, termasuk peserta penganjuran himpunan Ungu, Bersih dan Comango.

"Saya juga mencadangkan agar tindakan diambil ke atas Siti Kassim yang terang-terangan melindungi golongan LGBT walaupun beliau secara peribadi pernah mendapat lindungan daripada Gobind Singh dan Tan Sri Muhyiddin Yasin.

"Saya juga seru tindakan diambil ke atas Numan Afifi, Pengerusi Pelangi Campaign For Equality, NGO LGBT, yang juga Pegawai Khas Kementerian Belia dan Sukan kerana secara bangga menzahirkan Pelangi Campaign dan Iftar Gay Terbesar di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Muslim turut mengesyorkan supaya Dr Mujahid memberi nasihat dan peringatan secara berterusan terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkaitan isu LGBT.
"Saya yakin beliau (Syed Saddiq) seorang yang senang menerima nasihat. Jika benar seperti yang dikata, kotakan lah," katanya.

Sebelum ini, Dr Mujahid menerusi wawancara khas beliau bersama sebuah portal berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sekiranya golongan LGBT secara terbuka menonjolkan perbuatan mereka.

"Perbuatan LGBT haram. Kalau buat sembunyi-sembunyi pun tetap haram tetapi itu antara dia dan Allah. Allah akan membalas di atas perbuatan mereka. Tetapi kalau mereka secara terang-terangan beritahu dan kata seronok dengan perbuatan itu, kita boleh ambil tindakan," kata Dr Mujahid.



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo