NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KM Melaka terus pertahan pengiktirafan terhadap UEC




BANGI, 26 Syawal 1439H, Selasa – Dalam pada ramai pihak yang menentang langkah mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sekolah persendirian Cina, Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari kekal mempertahankan pendirian kerajaan negeri memberi pengiktirafan kepada sijil itu.

Mendakwa bahawa UEC adalah sebahagian daripada sistem pendidikan dalam negara, beliau menegaskan isu itu tidak sepatutnya dipolitikkan kerana sijil berkenaan akan ditambah baik dari semasa ke semasa supaya kekal relevan.

UEC adalah satu silibus sekolah persendirian Cina yang mana sukatan pelajarannya diambil dari Taiwan. Ia menjadi salah satu isu hangat dan desakan daripada Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) agar ianya diiktiraf dalam sistem pendidikan negara.

UEC bukan sahaja membolehkan pihak tertentu bebas mempunyai kuasa untuk menentukan kurikulum sendiri menggunakan perantaraan bahasa Cina, malah boleh mengadakan peperiksaan sendiri yang dikendalikan guru-guru mereka tanpa merujuk kepada Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

UEC tidak mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan seperti silibus mata pelajaran asas bernegara terutama Sejarah dan Bahasa Melayu.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Melaka itu menjelaskan bahawa pelajar lulusan UEC yang mahu melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan masih perlu memenuhi syarat sebagaimana termaktub dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

"Pelajar mesti ada kredit dalam bahasa Malaysia, Justeru, UEC bukan satu isu dan bukan untuk dijadikan bahan politik.

"Jika kita mahu beri kritikan pada UEC, kita kritik ke arah kebaikan dan penambahbaikan kerana UEC juga melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang dan sebahagian kelulusan diiktiraf universiti antarabangsa," katanya semalam. - ISMAWeb

Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/07/10/km-melaka-terus-pertahan-pengiktirafan-terhadap-uec/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo