NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Khazanah Nasional : Sembilan Lembaga Pengarah letak jawatan



Peletakan jawatan untuk mudahkan peralihan di bawah kerajaan baharu

BANGI, 13 Zulkaedah 1439H, Khamis – Khazanah Nasional Berhad mengesahkan semua Ahli Lembaga Pengarahnya, termasuk Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar menawarkan diri untuk meletak jawatan.

Pengarah Khazanah Nasional lain terdiri daripada tokoh terkemuka seperti Datuk Sri Nazir Razak, Datuk Dr Nirmala Menon, Tan Sri Mohamed Azman Yahya, Datok Mohammed Azlan Hashim, Yeo Kar Peng, Tan Sri Andrew Sheng Len Tao dan Raja Tan Sri Arshad Raja Uda.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khazanah Nasional memaklumkan bahawa peletakan jawatan berkenaan dilakukan untuk memudahkan proses peralihan yang lancar dan teratur di bawah kerajaan baharu.

"Ahli Lembaga Pengarah ini berbesar hati telah diberi peluang untuk berkhidmat dan merasakan adalah lebih tepat untuk menawarkan kerajaan baharu hak untuk membentuk lembaga pengarah yang baharu.

"Kami akan mengeluarkan kenyataan lanjut selepas kami mendapat butiran mengenai pembentukan Lembaga Pengarah baharu," kata kenyataan itu. 

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik Khazanah Nasional kerana menyimpang daripada tujuan asal dalam membantu Bumiputera.



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo