NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes Liwat: Mahkamah Dengar Rayuan  Anwar September Ini

Ketua Umum PH Anwar Ibrahim mengembalikan samannya terhadap kerajaan berhubung sabitannya bagi meliwat.


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 14 September untuk mendengar rayuan Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri untuk mengembalikan samannya terhadap kerajaan berhubung sabitannya bagi meliwat.

Timbalan Pendaftar Haslina Basarudin menetapkan tarikh itu selepas perkara itu dikemukakan bagi pengurusan kes di hadapannya hari ini.

Peguam J Leela yang mewakili Anwar dan peguam kanan persekutuan Mazlifah Ayob bagi pihak kerajaan, turut hadir pada prosiding pengurusan kes itu.

Pada 8 November tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan saman itu selepas membenarkan permohonan kerajaan.
Anwar memfailkan saman pemula pada 9 Jun, 2017, mendakwa beliau tidak mendapat perbicaraan yang adil dalam rayuan terhadap sabitannya bagi meliwat.


Anwar memohon pengisytiharan sabitannya yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 adalah ultra vires terhadap Perlembagaan Persekutuan dan dengan itu adalah batal dan tidak sah.


Beliau juga memohon satu perintah keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan adalah ultra vires dan dengan itu adalah batal dan tidak sah.


Dalam afidavitnya, Anwar mendakwa peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerima RM9.5 juta daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan berhubung sabitannya bagi meliwat.


Kerajaan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman Anwar atas alasan ia remeh-temeh dan tidak sebab untuk tindakan dan menyalahgunakan proses mahkamah.


Hakim Mahkamah Tinggi Datin Azizah Nawawi memutuskan kes Anwar itu adalah tidak berasas dan tanpa sebarang keterangan sokongan.


Anwar disabitkan dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan. Anwar, bagaimanapun diberikan pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei tahun ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo