NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenyataan Isu Pengiktirafan UEC oleh YAB Ketua Menteri Melaka


Lajnah Pendidikan PAS Pusat memandang serius kenyataan Ketua Menteri Melaka YAB Sdr Adly Zahari yang menyatakan keputusan kerajaan negeri Melaka untuk mengiktitiraf Siil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai kelayakan memasuki perkhidmatan awam negeri.

Ketua Menteri seharusnya melihat latar belakang sejarah dan  bahasa Kebangsaan sebelum membuat sebarang keputusan yang melibat dasar pendidikan negara. Keputusan terburu-buru dibimbangi memberikan kesan negatif kepada pembentukan negara bangsa Malaysia yang berteraskan kepada perlembagaan persekutuan. 

Sejarah menunjukkan kedatangan etnik India dan Cina ke Tanah Melayu secara nalurinya mereka mempunyai kemahuan untuk memulihara bahasa ibunda, adat resam dan budaya khususnya kepada mereka melalui penubuhan sekolah vernacular. Namun selepas kemerdekaan, agenda yang memelihara perkara-perkara tersebut telah berkembang kepada pembangunan warga negara Malaysia. Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai bahasa kebangsaan yang menyatu padukan rakyat berbilang bangsa melalui instiitusi pendidikan dan agensi kerajaan dalam urusan rasmi negara. 

Dalam konteks pengiktirafan UEC, hak-hak untuk mengesahkan dan menerima UEC dalam urusan negara. Pada dasar pihak berkuasa yang boleh mengiktiraf apa juga sijil-sijl berkaitan dengan pendidikan ialah Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia. 

YAB Ketua Menteri Melaka perlulah mendapat kelulusan di peringkat persekutuan sebelum membuat sebarang keputusan yang akan diguna pakai di peringkat negeri. Beliau merujuk kepada Akta Pendidikan 1996, Jabatan Perkhidmatan Awam, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Pindaan 1983) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Lajnah Pendidikan PAS Pusat menasihatkan agar YAB Ketua Menteri Melaka menyemak semula kenyataan mengenai pengiktirafan UEC di negeri Melaka agar selaras piawai pendidikan kebangsaan.
Lajnah Pendidikan PAS Pusat juga percaya kepentingan negara adalah lebih utama daripada kepentingan manifesto parti yang  bercanggah dengan Akta Bahasa Kebangsaaan dan Dasar Bahasa Kebangsaan. 

DR HALIMAH ALI
Lajnah Pendidikan PAS Pusat

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo