Kenaikan tarif akibat penjualan syarikat Edra hanyalah propaganda kerajaan Pakatan.


Berkenaan dengan eletrik di Malaysia , Pro Kerajaan cuba mengaitkan kenaikkan dengan penjualan Edra Energy kepada syarikat China. Sebenarnya kenaikkan tersebut tiada kaitan langsung. Tenaga telah membuat pengumuman bahawa yang menyebabkan kenaikkan adalah rebate ICPT ditarik disebabkan oleh kos yang semakin meningkat.


TNB telah membuat pengumuman bahawa average base tariff kekal tidak berubah - 39.45 sen/KWH . Kos untuk menghasilkan eletrik naik sebanyak RM698juta dan kos tersebut akan dipindahkan kepada pengguna melaluo mekanisme ICPT . TNB juga sudah beritahu pengguna domestik yang menggunakan eletrik dibawah 300KWH tidak akan terkesan dan untuk pengguna yang guna lebih daripada 300KWH surcharge tersebut akan ditanggung oleh Kumpulan Wang Industri Eletrik (KWIE)

Ada yang mengatakan ICPT ni menyebabkan charge eletrik naik. Okay betul. Tapi harus diingat dengan ICPT ni juga perubahan akan jadi lebih telus. Kalau tiada ICPT, sebarang penurunan kos pengguna tidak tahu dan tidak dapat apa-apa manfaat tetapi jika kos naik TNB minta naikkan tarif . So ICPT sebenarnya menjadikan charge eletrik lebih telus .

Okay yang ini point yang pro kerajaan kena fahamkan betul-betul. Kaitan kenaikkan dengan Edra Energy . Untuk makluman kenaikkan kalini tiada kaitan langsung dengan Edra . Kos penjualan eletrik oleh edra kepada TNB telah ditetapkan dan sebarang perubahan ( baca : Edra minta naikkan harga) mestilah diumum. Tidak boleh buat backdoor negotiation. Sampai saat ini , Edra Energy tidak membuat sebarang corporate announcement yang diorang ada minta naikkan rate . Boleh rujuk Tenaga dan Edra Energy punya corporae announcement . Tiada langsung pengumuman pasal ini .

Lagi satu Edra bukanlah penyumbang utama eletrik negara. TNB sendiri generate 50% daripada sumber eletrik, Malakoff generate 25%, Edra generate 14%, YTL 5% dan lain2 6%.  Dalam KW Edra produce lebih kurang 3000KW daripada keseluruhan 22000KW . How significant 3000KW tu ? Tidaklah berapa significant. Jumlah penggunaan eletrik tertinggi dekat Malaysia adalah dalam 17000KW . So TNB basically tidak bergantung kepada Edra . IPP yang dimiliki oleh TNB dan Malakoff cukup untuk cover penggunaan eletrik di Malaysia . So Edra tiada bargaining power pon jika dia nak naikkan rate .

So apa kaitan Edra dengan kenaikkan ni ? Tiada kaitan langsung .

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2148876198475490&id=100000593935982
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget