NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jawatan Dalam PH Kekal Walaupun Tiada Jawatan Dalam PKR - Wan Azizah


KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkata jawatannya dalam Pakatan Harapan (PH) akan kekal walaupun tidak memegang sebarang jawatan dalam PKR.

Presiden PKR itu berkata sebarang perubahan yang bakal berlaku dalam pemilihan parti itu bulan depan tidak akan menjejaskan jawatannya sebagai Presiden untuk gabungan PH.

"Tidak apa (tiada jawatan dalam PKR) kerana dalam PH jawatan saya akan tetap diteruskan juga," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menawar diri bertanding jawatan Presiden PKR pada pemilihan parti akan datang.

Keputusan Anwar untuk bertanding menimbulkan persoalan mengenai status Dr Wan Azizah dalam PKR.

Mengenai status jawatan Ketua Umum PKR yang ketika ini disandang Anwar, Dr Wan Azizah berkata perkara itu akan dibincang dan diputuskan oleh pimpinan parti itu dalam masa terdekat.

"Belum ada discussion (perbincangan), kita akan umumkan nanti kerana jawatan itu memang tiada dalam struktur parti," katanya. – BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo