IRC: Laporan akhir syor pembaharuan 8 institusi utama



 

Selepas siri pertemuan dan meneliti lebih 1,000 cadangan bertulis, Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) memberi syor penambah baikan melibatkan lapan institusi utama negara.

Syor itu disertakan dalam laporan yang dihantar kepada Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham hari ini.

"Semua syor ini adalah apa yang kami fikir sebagai langkah sepatutnya bagi pembaharuan yang diperlukan negara," kata IRC dalam kenyataan yang ditandatangani lima anggotanya diketuai pengerusi, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk KC Vohrah.

Menurut kenyataan itu, lapan institusi tersebut adalah parlimen, pilihan raya, kehakiman, khidmat perundangan dan pegawai undang-undang, antirasuah, imigresen dan polis, maklumat dan komunikasi media, serta institusi dan undang-undang hak asasi manusia.

"Kami juga memberi beberapa syor segera kepada Majlis Penasihat Kerajaan berhubung perkara yang kami anggap memerlukan perhatian segera, dan kebanyakannya disertakan dalam laporan," kata jawatankuasa itu, sambil menambah mereka akan memberi taklimat berhubung syor tersebut kepada majlis minggu ini.

Daripada keseluruhan cadangan bertulis yang diterima, IRC mengambil maklum beberapa yang melangkaui skop kajian mereka tetapi memerlukan perhatian daripada kerajaan.

"Kami akan merujuk (cadangan) kepada agensi kerajaan yang terbabit untuk tindakan," kata IRC.

"Ada juga beberapa aspek kepentingan nasional yang tidak dapat ditangani secara secukupnya dalam jangka waktu yang singkat.


"Kami mencadangkan kajian lanjut untuk aspek-aspek ini," kata IRC lagi.

Sebelum ini, jawatankuasa itu menamakan beberapa institusi yang akan dinilai, antaranya pejabat peguam negara, suruhanjaya pelantikan hakim, PDRM, SPRM dan SPR.

Ia juga berkata akan meneliti semula beberapan undang-undang yang menurutnya menjejaskan kebebasan asas, termasuk Akta Antiberita Tidak benar 2018, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan beberapa peruntukan dalam Akta Rahsia Rasmi 1972.

Selain Vohrah, IRC dianggotai Presiden Hak Asasi Manusia (Hakam) Datuk S Ambiga, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusian (Suhakam) Datuk Mah Weng Kwai, Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) Tan Sri Mohamed Arshad Raji dan profesor undang-undang Universiti Malaya datuk Shad Saleem Faruqi.

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget