NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Himpunan Rakyat Bantah Menteri Pendidikan iktiraf UEC



Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) bersama-sama Gabungan 300 Ngo Islam Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyifatkan kenyataan  Menteri Pendidikan Dr Maslee Malik pada 12 Julai di PICC Putrajaya yang akan terus mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai angkuh dan sombong serta telah terikat dengan dengan telunjuk dan desakan keputusan daripada pihak-pihak yang tertentu dalam Pakatan Harapan.

Kenyataan tegar beliau mempertahankan UEC dilihat sebagai menjawab bantahan dan desakan pelbagai pihak Ngo dan Ngi agar Kementerian Pendidikan tidak mengiktiraf UEC.

MAPPIM dan Ummah serta pelbagai Gabungan Ngo akan terus mendesak bagi membantah dan bersedia untuk mengerakan himpunan bantahan rakyat secara besar-besaran di Kementerian Pendidikan Putrajaya.

Pihak kami juga sedang bersedia bersama-sama pasukan peguam untuk mengambil tidakan bagi mengkaji serta menghalang secara undang-undang sekiranya perlaksanaan UEC diteruskan.

Menteri Pendidikan diingatkan supaya semua keputusan yang akan dilaksanakan mestilah secara berhemah dan lebih berhati-hati dengan mengambilkira peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta yang berkaitan dengan Pendidikan, Bahasa Kebangsaan serta sensitiviti majoriti rakyat di negara ini.

Kami mengulangi pendirian bahawa perlaksanaan UEC akan membawa kemudharatan kepada sistem pendidikan di negara ini serta akan menghancurkan perpaduan kaum yang selama ini telah dihormati.

Mohd Zai Mustafa,
Ketua Eksekutif Mappim
Ahli Jawatankuasa Gabungan Ummah

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo