NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Himpunan Kebangkitan Ummah: Ayuh Bantah UEC



Tarikh: 28 Julai 2018
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 pagi - 2.00 petang
Tempat: Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Bharu, Kuala Lumpur


Gerakan Pembela Ummah (Ummah) menggesa semua orang Melayu dan umat Islam menyertai perhimpunan khas bagi bantah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Acara dikenali sebagai Himpunan Kebangkitan Ummah Malaysia Baharu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14): Islam dan Melayu Terancam itu berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru ibu negara Sabtu ini

Himpunan dari 9 pagi hingga 2 petang itu juga bagi mempertahankan hak Melayu, bumiputera dan umat Islam yang semakin terancam sejak kebelakangan ini, kata Timbalan Ketua Sekretariat Ummah, Kamaruzaman Mohamad.

Beliau menjelaskan, ia akan mengumpulkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), wakil-wakil parti politik, tokoh-tokoh masyarakat dan rakyat yang prihatin terhadap isu-isu yang membabitkan hak Melayu dan agama Islam.

Kata Kamaruzaman, beliau berharap masyarakat tampil memberikan sokongan dan mempertahankan golongan Melayu dan Islam sebagaimana hak istimewanya yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri.

“Apa yang menjadi kebimbangan kami adalah mengenai isu UEC yang mana kedudukan bahasa Melayu sebagai taraf bahasa kebangsaan juga terancam. Pada masa sama, banyak isu-isu melibatkan agama Islam yang timbul.

“Ia seolah-olah cuba jejas kedudukan raja-raja Melayu dan kedudukan Islam, jadi himpunan ini akan beri signal kepada kerajaan yang ada niat untuk sentuh isu ini dan umat Islam perlu bangkit pertahan hak mereka,” katanya.

Kamaruzaman berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, pada Isnin. - Wartawan Watan-Online




No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo