NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gol Tunggal Umtiti Bawa Perancis Ke Final Piala Dunia


PERANCIS mara ke final Piala Dunia buat kali ketiga selepas menewaskan Belgium 1-0 dalam aksi separuh akhir awal pagi Rabu.

Kali terakhir Les Bleus itu mara ke pentas akhir pada tahun 2006, namun tewas kepada Itali 5-3 menerusi penentuan penalti.

Juara tahun 1998 itu mengesahkan aksi akhir dengan jaringan tunggal perlawanan menerusi tandukan Samuel Umtiti minit ke-51 permainan.

Anak buah Didier Deschamps bangkit selepas Belgium mendominasi permainan pada babak pertama dengan beberapa percubaan berbahaya.

Manakala Belgium yang dibimbing Roberto Martinez mencatat keputusan terbaik sepanjang beraksi pada Piala Dunia ialah di tempat keempat pada tahun 1986.

Namun aksi tahun ini melepasi rekod tahun 2014 yang terkandas pada saingan suku akhir.

Perancis bakal berdepan dengan pasukan England atau Croatia yang akan beraksi saingan separuh akhir pada Khamis.

Senarai pemain:

Perancis: Lloris, Pavard, Varane, Umtiti, Lucas, Pogba, Kante, Mbappe, Griezmann, Matuidi, Giroud (simpanan): Mandanda, Kimpembe, Lemar, Dembele, Tolisso, Nzonzi, Rami, Fekir, Sidibe, Thauvin, Mendy, Areola

Belgium : Courtois, Alderweireld, Kompany, Vertonghen, Chadli, Dembele (Mertens), Witsel, Fellaini, De Bruyne, Lukaku, Eden Hazard (simpanan): Mignolet, Vermaelen, Carrasco, Thorgan Hazard, Tielemans, Januzaj, Boyata, Batshuayi, Dendoncker, Casteels

Pengadil: Andres Cunha (Uruguay) – mStar Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo