Gaza: Zionis Israel lancar serangan keganasan



130 orang awam Palestin dibunuh dan 15,000 lagi cedera 

ZIONIS Israel melakukan serangan terburuk ke atas Hamas di Gaza sejak pertempuran terakhir pada 2014, kata perdana menteri rejim Zionis Benjamin Netanyahu semalam.

Pihak Zionis memberi alasan serangan roket dari Gaza, tetapi keganasan terhadap orang awam Palestin meningkat sejak beberapa bulan lalu ekoran pemindahan kedutaan Amerika Syarikat ke Baitul Maqdis.

Serangan ini bakal memulakan satu lagi pertempuran yang berpotensi mengakibatkan krisis kemanusiaan di wilayah Palestin berpenduduk padat itu.

Serangan udara dimulakan sejak semalam oleh tentera udara Israel di Gaza, mensasarkan beberapa lokasi yang didakwa kedudukan militan.


Protes warga Palestin terhadap pengiktirafan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Zionis itu dan pencabulan kawasan Masjid al-Aqsa juga menyebabkan tindakan ganas pihak berkuasa Zionis.

Menurut pihak berkuasa Palestin, serangan terbaharu Israel telah mengakibatkan dua kematian dan 12 kecederaan Sabtu lalu.

Pasukan tentera Israel berkata ia telah menyerang beberapa kedudukan Hamas, termasuk ibu pejabat sebuah batalion di Beit Lahia, kem latihan di kem pelarian al-Shati dan beberapa tempat simpanan senjata.

“Hasil rundingan dengan menteri pertahanan, ketua staf dan komander keselamatan Israel, kami telah memutuskan untuk mengambil tindakan keras terhadap keganasan Hamas,” kata Netanyahu dalam satu siaran video.



Katanya lagi, serangan terkini itu ialah yang paling dahsyat sejak operasi tahun 2014, dan kekuatan serangan akan ditingkatkan bila perlu.

Kenyataan pihak Israel itu bagaimanapun dinafikan oleh Palestin, yang mendakwa gencatan senjata telah dicapai hasil usaha Mesir dan masyarakat antarabangsa. Israel tidak mengulas kenyataan ini.

Pihak Palestin mengatakan satu serangan mengena sebuah bangunan tidak berpenghuni dan mencederakan orang awam berdekatan.

Menurut Hamas, seorang warga Palestin mati ditembak tentera Israel dalam satu protes di sempadan pada Jumaat lalu.

Keganasan yang meningkat oleh pihak Israel sejak kebelakangan ini didorong oleh protes oleh penduduk Palestin yang menuntut hak warga Palestin untuk kembali ke kediaman asal mereka di Palestin yang kini telah dijajah Israel.

Pada masa yang sama, mereka menuntut sekatan yang menyebabkan kesengsaraan penduduk Gaza yang dikenakan oleh Israel dan Mesir ditamatkan.

Pegawai kesihatan Gaza mengatakan lebih daripada 130 orang awam Palestin dibunuh dan 15,000 lagi cedera akibat kekerasan pasukan bersenjata Israel sepanjang protes dijalankan sejak 30 Mac lalu. – Agensi/Mynewshub.tv



Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget