NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Fitnah 90 Juta: Sebab Dan Alasan, Serupa Tapi Tak Sama.


oleh:Dr Ishak Ibrahim

Inilah sebab kenapa isu 90 masih wujud. Sebab ianya hanyalah alasan bukan sebab.
Ia wujud, sebab orang perlukannya sebagai alasan

Apabila seorang anak tak mahu ke sekolah. Maka disebutnya "saya sakit kepala". Apabila diperhatikan, sakit kepala ini hanya berlaku pada hari rabu sahaja. Setelah diselidiki, rupanya sakit kepala itu hanyalah ALASAN, sedangkan SEBAB sebenar ialah budak tersebut tak siapkan kerja sekolah atau tak mahu terlibat aktiviti hari rabu sahaja.

Ibubapa yang bijak, perlu membezakan antara Sebab dan Alasan.

Begitulah juga apabila ditanya kepada orang2 Cina kenapa mereka tak akan undi PAS pru14 lepas, mereka akan menjawab "Pemimpin PAS terima 90 juta utk berpakat dengan Najib". Namun, hakikatnya itu hanyalah ALASAN sahaja, kerana ianya tidak kelihatan Racist dan lebih mudah menyebut.

Apakah Sebab sebenar. Sebelum PRU 2008, orang Cina tidak mengundi PAS, namun semasa PRU 2008, mereka mula mengundi PAS sehingga ke puncaknya pada PRU 2013. SEBABnya ialah kerana PAS bekerjasama dengan DAP. Undi PAS sama dengan undi DAP.

Namun, Sebab ini tidak sesuai untuk diungkapkan apabila ditanya oleh orang-orang PAS. Jadi alasan dicari iaitu "Pemimpin PAS terima 90 juta dari Najib", lebih kelihatan tidak RACIST.

Pada PRU 2018, apabila PAS tidak lagi bersama DAP, maka orang Cina tidak lagi mempunyai SEBAB untuk mengundi PAS. Kalau tidak wujudpun fitnah "90 juta" pun, mereka TETAP tidak akan mengundi PAS dan alasan lain akan dicari.

Begitu juga dengan penyokong liberal dan reformasi. Semasa PRU 1999, mereka mula mengundi PAS. Namun setelah PAS berpisah dengan PKR, maka mereka sudah tidak mempunyai SEBAB untuk mengundi PAS. Tetapi utk menjawab perkara sedemikian agak kekok. Jadi alasan "90 juta dan UG" digunakan.

Begitu juga dengan ahli-ahli Ikram dan pro Syiah juga tidak mempunyai SEBAB utk mengundi PAS sebab pemimpin mereka telah menyeberang ke parti Amanah. Sudah tentu SEBAB ini tidak boleh disebut, maka alasan yang sama juga diberi "90 juta dan UG".

Hakikatnya kesemua mereka di atas, tetap tidak akan mengundi PAS kerana SEBAB tertentu, biarpun jika fitnah 90 juta tidak wujudpun.

Pemimpin dan pemikir PAS kena membezakan antara SEBAB dan ALASAN.


Dr Ishak Ibrahim adalah Penganalisis Politik

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo