Enam maut gelombang haba di Kanada



QUEBEC, 20 Syawal 1439H, Rabu – Sekurang-kurangnya enam maut akibat gelombang haba luar biasa yang melanda bandar Montreal, di Kanada.

Canadian Press melaporkan, kebanyakan mangsa dikenalpasti sebagai individu berisiko, termasuk mereka yang mempunyai penyakit kronik atau masalah kesihatan mental, individu yang tinggal bersendirian dan mereka yang tidak mempunyai pendingin hawa.

Agensi Alam Sekitar Kanada juga telah mengeluarkan amaran haba di selatan Quebec, termasuk Montreal.

Cuaca panas dijangka berterusan sepanjang minggu ini, dengan potensi ribut petir pada hari Khamis.

Kebanyakan kawasan tengah dan timur Kanada mengalami cuaca panas, lembap selama beberapa hari, menyebabkan pegawai kesihatan Montreal menaikkan tahap tindakan daripada 'berjaga-jaga' kepada 'bertindak'.


Datuk Bandar, Valerie Plante berkata, pihaknya sudah mengagihkan 17,000 liter air kepada organisasi yang menyelenggara gelandangan dan melanjutkan tempoh operasi kolam renang serta penggunaan tikar air.

Plante berkata, sebagai sebahagian daripada rancangan bandar itu, anggota bomba dan polis akan mengunjungi kira-kira 5,000 kediaman di Montreal. Setakat ini mereka sudah memeriksa 1,300 rumah. – Agensi

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget