NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr. Mujahid Perlu Akui Kesilapan Mentafsir Istilah "Menjaga Agama"




1. YB. Dr. Mujahid Yusof selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak perlu berbelit menegakkan benang basah bagi mempertahankan pandangannya yang silap tentang konsep "menjaga agama" (Hifzu ad-Din) sebagai tanggungjawab pemerintah dalam Islam. "Menjaga agama" dalam Islam adalah merujuk kepada menjaga agama Islam bukannya menjaga agama-agama selain Islam sebagaimana cuba dihujahkan secara silap oleh beliau. 

2. Rujuklah tulisan-tulisan sarjana Islam dalam bidang fiqh kenegaraan termasuklah oleh Imam Syatibi selaku pelopor awal konsep Maqasid Syar'iyyah, semuanya sepakat merujuk konsep "menjaga agama" kepada menjaga aqidah dan syariat Islam dan bukannya menjaga agama-agama lain. 

3. Oleh kerana itu, dalil yang mereka bawa apabila membincangkan topik Hifzu ad-Din (menjaga agama) ialah firman Allah dalam surah al-Zaariyaat ayat 56 berikut :

ŁˆَŁ…َŲ§ Ų®َŁ„َŁ‚ْŲŖُ Ų§Ł„ْŲ¬ِŁ†َّ ŁˆَŲ§Ł„ْŲ„ِŁ†Ų³َ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ł„ِŁŠَŲ¹ْŲØُŲÆُŁˆŁ†ِ 

"Dan tidaklah Aku mencipta jin dan manusia melainkan untuk menjadi hamba kepadaKu"

4. Kewajipan pemerintah ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 49 :

ŁˆَŲ£َŁ†ِ Ų§Ų­ْŁƒُŁ…ْ ŲØَŁŠْŁ†َŁ‡ُŁ…ْ ŲØِŁ…َŲ§ Ų£َŁ†ْŲ²َŁ„َ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŲŖَّŲØِŲ¹ْ Ų£َŁ‡ْŁˆَŲ§Ų”َŁ‡ُŁ…ْ ŁˆَŲ§Ų­ْŲ°َŲ±ْŁ‡ُŁ…ْ Ų£َŁ†ْ ŁŠَŁْŲŖِŁ†ُŁˆŁƒَ Ų¹َŁ†ْ ŲØَŲ¹ْŲ¶ِ Ł…َŲ§ Ų£َŁ†ْŲ²َŁ„َ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų„ِŁ„َŁŠْŁƒَ

"Dan hendaklah kamu memerintah di kalangan manusia dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka. Dan berwaspadalah, bimbang mereka memalingkan kamu daripada sebahagian apa yang diturunkan oleh Allah kepada kamu."

5. Kewajipan pemerintah untuk menjaga dan menegakkan agama Allah jelas daripada firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 44, 45 dan 47; surah an-Nisa' ayat 60 dan 65; dan surah Sod ayat 26.

6. Oleh kerana itu sarjana Islam dalam fiqh kenegaraan menyebut tentang pemerintahan dalam Islam ialah bertujuan untuk :

Ų­Ų±Ų§Ų³Ų© Ų§Ł„ŲÆŁŠŁ† Ų£Łˆ Ų„Ł‚Ų§Ł…Ų© Ų§Ł„ŲÆŁŠŁ† ŁˆŲ³ŁŠŲ§Ų³Ų© Ų§Ł„ŲÆŁ†ŁŠŲ§ ŲØŁ‡

"Menjaga Agama atau menegakkan Agama dan mentadbir bumi dengan Agama".

(Rujuk al-Mawardi dalam al-Ahkam al-Sultaniyah, al-Taftazani dalam Syarh al-Aqa'id al-Nasafiyyah dan Ibnu Khaldun dalam al-Muqaddimah) 

7. Kata Imam Syatibi dalam al-Muwafaqat, menjaga syariat berlaku pertamanya, menjaganya dari sudut kewujudannya iaitu mewujudkannya, memperkukuh dan memeliharanya dan kedua, menjaganya daripada terhapus dengan menjauhkan apa sahaja yang boleh menghilangkan dan mengurangkannya atau menjadikannya cacat atau mandul, sama ada sesuatu yang telah berlaku atau sesuatu yang dijangka akan berlaku hendaklah dihalang. Kenyataan Imam Syatibi selaku pelopor Maqasid Syariah menunjukkan bahawa kewajipan pemerintah ialah menjaga syariat Islam. 

8. Apabila syariat Islam terjaga dan terpelihara, maka agama-agama lain juga akan terpelihara haknya untuk diamalkan kerana ia adalah sebahagian tuntutan dan pengajaran Islam. Namun, bukannya dengan meletakkan agama-agama lain setaraf dari sudut pemeliharaan, pelaksanaan dan penegakkan serta penyebaran agamanya. 

9. Adakah Dr. Mujahid berhasrat untuk melebarkan konsep "memelihara agama" kepada usaha menegakkan hukum-hakam agama lain dalam bernegara selain daripada agama Islam? 

10. Menegakkan agama juga berlaku dengan melaksanakan tanggungjawab menyebarkannya sebagaimana disebut oleh sarjana fiqh kenegaraan Islam. Adakah Dr. Mujahid berhasrat apabila melebarkan konsep "menjaga agama" kepada "menjaga agama-agama lain juga selain Islam" ia bermaksud bahawa agama lain juga akan dibenarkan untuk disebar secara meluas dan kerajaan akan memberikan peruntukan untuk agenda penyebaran agama lain? 

11. Jika begitu, ia akan bercanggah dengan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya.”

12. Perkara 11 (4) pula memperuntukkan “Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.”

13. Jika Dr Mujahid berhasrat untuk menekankan hak beragama bagi penganut bukan Islam, Perlembagaan Persekutuan sudah memberikan ruang yang cukup menerusi Perkara 3(1) yang menyatakan bahawa “Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan".

14. Malah, Perkara 11 (3) memberikan hak kepada penganut agama-agama termasuk agama Islam untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan untuk tujuan agama masing-masing dan khairat, memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

15. Saya sangat bimbang kecenderongan YB. Dr. Mujahid untuk mengambil hati bukan Islam yang menjadi pengundi beliau menyebabkan beliau teruja memberikan tafsiran yang salah terhadap agamanya sendiri. 

Sekian.

"Sejahtera Bersama Islam"

DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus

Ahad, 15 Julai 2018 | 2 Zulkaedah 1439H

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo