Doakan keselamatan mereka,13 hari terperangkap tanpa makanan!



DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI KELANTAN (DMPNK) SERU SOLIDARITI BERSAMA MANGSA TERKANDAS GUA DI CHIANG RAI

1.0 Kami  Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan (DMPNK) mengikuti secara rapat perkembangan insiden 12 orang anggota pasukan bola sepak remaja Thailand berusia antara 11-16 tahun bersama seorang jurulatih berusia 25 tahun yang terperangkap di dalam GuaTham Luang Nang Non di Chiang Rai di Utara Thailand selama lebih 2 minggu. Pasukan penyelamat hanya berjaya menjumpai kesemua 13 orang tersebut dalam keadaan selamat walaupun lemah pada 2 Julai yang lalu iaitu selepas 10 hari terperangkap dalam gelap dan tanpa makanan.

2.0 Perkembangan terbaru, dikhabarkan pasukan penyelamat telah berjaya membawa keluar 8 orang mangsa. AlhamdulilLah.

3.0 Kami ingin merakamkan penghargaan dan rasa terharu atas kecaknaan semua pihak yang turut membantu dalam apa jua yang termampu. Antara yang dilaporkan di lapangan, terdapat sekumpulan wanita Muslim Thai yang memasak makanan halal untuk pasukan penyelamat Muslim sepanjang operasi. Ada juga rakyat tempatan menawarkan khidmat mencuci pakaian - pakaian penyelamat yang dipenuhi lumpur. Disebalik ujian ini, amalan membantu dan bertoleransi semakin subur.

4.0 Justeru itu, sebagai memenuhi tanggungjawab kemanusiaan yang Islam anjurkan, tanpa mengira agama, bangsa mahupun sempadan geografi, Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan (DMPNK) dengan ini menyeru agar semua muslimat di setiap peringkat dapat sama-sama mengadakan solat hajat dan doa munajat agar misi menyelamat kesemua mangsa dapat berjalan dengan lancar.  Semoga semua penyelamat dan mangsa diberikan kekuatan semangat kerana ianya amat penting untuk mereka menempuhi jalan keluar dengan selamat. inshaAllah.

(رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ)

"Wahai Tuhan Kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali”

 [AQ: Al-Mumtahanah:4]

Ikhlas mendoakan yang terbaik;
YB Hjh Siti Zailah Mohd Yusoff
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan
Ahli Parlimen Rantau Panjang
26 Syawal 1439H / 10 Julai 2018


KELANTAN PAS WOMEN BRANCH URGE SOLIDARITY WITH THE STRANDED BOYS IN CHIANG RAI CAVE

1.0   PAS Women Kelantan branch are following closely the development of the trapped 12 Thai youth football players aged 11 - 16 years old and their assistant coach aged 25, inside Tham Luang Nang Non Cave in Chiang Rai, north of Thailand for almost two weeks. The search and rescue team were only able to locate all 13 of them on July 2nd; alive although very weak, 10 days after being trapped in darkness and without food.

2.0 The latest development we received is that at least 8 of the trapped boys have made it out of the cave. Praise be to Allah.

3.0 We would like to express our heartfelt gratitude for the concern shown by all who have assisted in whatever way they could. Among those who helped were a group of Muslim Thai ladies who cooked halal food for Muslim rescuers throughout the rescue mission. There were also locals who voluntereed to clean the soiled uniforms of the rescuers. Despite the tribulation, the camaraderie, generosity and tolerance continue to fluorish and should be commended.

4.0 Therefore, in the spirit of humanity enjoined by Islam, regardless of religion, race or geographical boundaries, we urge all Muslim women from all party levels to offer prayers and make supplication so that the rescue mission will run smoothly. We pray that both the rescuers and the victims be given the strength and courage to overcome challenges as this is vital for a succesful mission. Insya Allah.

(رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ)

"O, God! Unto You we submit and unto You we repent and unto You shall we return"
(AQ: al-Mumtahanah: 4)

Sincerely wishing for the best,

MP Hjh Siti Zailah Mohd Yusof
Chief, Kelantan PAS Women Branch,
MP for Parliament Rantau Panjang
24 Shawal 1439H / 8th July 2018

_______________

สภาผู้หญิง (มุสลีมะฮ) พรรค PAS รัฐกลันตัน (DMPNK)
กระตุ้นความสามัคคีกับเยาวชนที่ถูกขังในถ้ำหลวง เชียงราย

1.0  พวกเราคือสภาผู้หญิง (มุสลิมะฮ) พรรค PAS ของรัฐกลันตัน (DMPNK) ได้ติดตามอย่างใกล้ชิดเหตุการณ์ที่เกิดขึ้นกับ 12 คนของทีมฟุตบอลเยาวชนไทยอายุระหว่าง 11-16 ปี พร้อมกับ 1 คนที่เป็นโค้ชอายุ 25 ปีที่ถูกขังอยู่ในถ้ำหลวง-ขุนน้ำ นางนอน อำเภอแม่สาย จังหวัดเชียงราย ทางภาคเหนือของประเทศไทย มากกว่า 2 สัปดาห์แล้ว ทีมกู้ภัยได้ค้นพบผู้ประสบเหตุทุกคนทั้ง 13 คนในสภาพที่ปลอดภัยแต่อ่อนแอ เมื่อวันที่ 2 กรกฎาคมที่ผ่าน หลังจาก 10 วันที่ติดอยู่ในที่มืดและไม่มีอาหาร

2.0  ความคืบหน้าของข่าวล่าสุด, ได้บอกว่าทีมกู้ภัยสามารถช่วยเหลือผู้ประสบเหตุได้ 8 รายแล้ว ขอบคุณพระองค์อัลลอฮ (อัลฮามดูลีลาฮ).

3.0  พวกเรารู้สึกประทับใจมากที่ทุกฝ่ายผนึกกำลังกันช่วยเหลือชีวิตเด็ก และได้รวมแสดงพลังรับผิดชอบคอยความช่วยเหลืออย่างเต็มกำลังที่เราทำได้ ส่วนหนึ่งผู้ที่รายงานเรื่องนี้ในหมู่กลุ่มผู้หญิงไทยมุสลิมที่ปรุงอาหารฮาลาลให้กับทีมช่วยเหลือชาวมุสลิมในระหว่างการปฏิบัติงาน นอกจากนี้ยังมีคนในท้องถิ่นให้บริการซักผ้าทีมกู้ภัยที่เต็มไปด้วยโคลน เบื้องหลังการทดสอบเหล่านี้, เป็นการปฏิบัติในการช่วยเหลือและเกื้อกูนอย่างสมบูรณ์มากขึ้น

4.0  ดังนั้น ในการปฏิบัติตามความรับผิดชอบของมนุษยธรรมทางอิสลามแนะนำ. โดยไม่แบ่งแยกศาสนา เชื้อชาติ หรือทางภูมิศาสตร์. สภาผู้หญิง (มุสลีมะฮ) PAS ของรัฐ (DMPNK) ขอเรียกร้องให้พี่สาวน้องสาวทุกคนในทุกระดับร่วมกันละหมาดฮายาตและขอพร (ดุอาอ) เพื่อบรรลุพันธกิจของทีมกู้ภัยในปฏิบัติภารกิจช่วยเหลือผู้ประสบเหตุทั้งหมดด้วยความปลอดภัยและสัมฤทธิ์ผลที่ดีทุกประการโดยเร็ว หวังว่าทีมกู้ภัยและผู้ประสบเหตุดังกล่าวมีความเข็มแข็ง เพราะเป็นสิ่งที่มีความสำคัญอย่างยิ่งต่อพวกเขาความกระตือรือร้นในการอยู่รอดได้อย่างปลอดภัย. อินซาอัลลอฮ.

( رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ )

ความว่า " ข้าแต่พระองค์อัลลอฮของเรา แด่พระองค์ท่าน เราขอมอบหมาย และยังพระองค์ท่านเท่านั้น เราขอลุแก่โทษ และยังพระองค์ท่านเท่านั้น คือการกลับไป ”
[ อัลกุรอาน,  ซูเราะห อัล-มุมตะฮะนะห : อายัต 4 ]
ขอแสดงความบริสุทธิ์ใจ ขอดุอาอเพื่อสิ่งที่ดีที่สุด
ฯพณฯ ท่าน ฮาญะฮ ซีตี ซายละฮ มูฮัมมัด ยูโซฟ

  (YB Hjh Siti Zailah Mohd Yusoff)
ประธานสภาผู้หญิง (มุสลีมะฮ) PAS ของรัฐกลันตัน
สมาชิกรัฐสภาผู้แทนราษฎร์ รันเตา ปันยันร์
26 เซาวาล 1439  ฮ.ศ /  10 กรกฎาคม 2018
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget