NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cukai Pada Kadar Lebih Tinggi Ganti GST




Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan memperkenalkan cukai dengan kadar yang lebih tinggi iaitu 10 peratus, bagi menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus.

Menterj Kewangan, Lim Guan Eng, berkata Rang Undang-undang (RUU) SST dijangka dibentangkan di Parlimen Ogos ini bagi menggantikan GST.

Beliau berkata, pengenalan semula SST dijangka menyumbang sebanyak RM4 bilion kepada hasil kerajaan selepas sifar GST yang mana kerajaan dijangka hilang RM21 bilion tahun ini.

“Bagaimanapun, dengan pengenalan semula SST, peningkatan harga minyak mentah dan tambahan dividen daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan menyumbang tambahan RM14.4 bilion hasil pada 2018,” katanya selepas merasmikan Persidangan Percukaian Kebangsaan 2018 di Kuala Lumpur, pada Isnin.

Persidangan itu dianjurkan bersama oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Chartered Tax Institute of Malaysia.

Sementara itu, bagi menampung baki perolehan yang hilang daripada sifar GST, Guan Eng menegaskan sudah mengenalpasti penjimatan bernilai RM10 bilion.

“Ini termasuk mengecilkan dan menghentikan projek bertindih dan program tidak penting yang mana minggu lalu, kita berjaya mengurangkan kos akhir LRT3 sebanyak 47 peratus atau RM15 bilion kepada RM16.63 bilion berbanding bajet asal iaitu RM31.65 bilion,” katanya.

Mengenai peranan LHDN sebagai pengutip cukai, Guan Eng berkata, kerajaan berjanji untuk tidak lagi menyerbu syarikat yang mengelak membayar cukai dengan anggota keselamatan bersenjata.

“Tiada lagi taktik kasar seperti sebelum ini, taktik itu hanya untuk orang jahat.

“Jika ada masalah, datang ke pejabat LHDN, mari bincang dengan pegawai kita dan kita bincang secara bersih. Jangan bincang di kedai kopi atau bawah meja,” katanya.

Guan Eng turut mengulangi komitmen kerajaan untuk melunaskan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), berjumlah RM50 bilion. - Wartawan Watan-Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo