Big Data: Astro AWANI dan UTM jalin kerjasama

JOHOR BAHRU: Astro Awani dan Big Data Centre UTM memeterai kerjasama strategik untuk membuka lebih banyak potensi dalam pemerolehan data dan maklumat dalam laporan berita di Astro Awani.

Menurut Ketua Digital Astro Awani, Hafidah Samat, kerjasama ini adalah komitmen berterusan Astro Awani untuk melaporkan berita dengan informasi yang menyeluruh.

Ini juga sebahagian strategi Astro Awani untuk kekal sebagai jenama berita yang paling dipercayai.

"Inisiatif ini juga akan mewujudkan sinergi perkongsian kepakaran universiti tempatan dan juga media yang berterusan di masa akan datang," katanya selepas sesi menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara Astro Awani dan UTM.

MOU ini adalah kesinambungan usaha yang dilakukan UTM sejak setahun lalu untuk membantu Astro Awani dalam laporan berita berteraskan data.

Menurut Timbalan Dekan Fakutli Kejuruteraan UTM, Prof Dr Naomie Salim, kerjasama seperti ini akan memudahkan proses pemindaan teknologi dan kepakaran yang dimiliki pihak universiti untuk dikongsi bersama industri.

Beliau juga berpendapat, dengan kepakaran yang dimiliki UTM, ianya akan  membantu Astro Awani untuk laporan berita yang menyeluruh dengan fakta yang tepat.       
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget