NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bangi Golf Resort Durian Festival 2018



Sabtu 4hb Ogos 2018. Jam 9:00 pagi hingga 8:00 malam

*Bangi Golf Resort (BGR) * sangat berbangga untuk menjadi penganjur pertama Bangi Golf Resort Durian Festival 2018.

Acara ini akan meliputi input pertanian, perawatan, pemasaran durian hingga ke produk hiliran yang berasaskan durian.

Kami menganggarkan lebih dari 4000 orang pengunjung akan hadir untuk menjayakan acara ini.
Kemuncak acara ini ialah pengunjung akan diberi peluang untuk membeli dan menikmati buah durian yang memenangi pertandingan durian.

1. Forum Pengetahuan Durian. 
Panel pakar durian akan berkongsi dan bertukar maklumat tentang teknik penanaman dan perawatan durian ..

2. Pasar Tani Durian
Sebanyak 33 gerai akan disediakan untuk menjual produk yang berkaitan dengan penjagaan kebun durian.

3. Sesi Cantuman Mata Tunas Durian & Avocado.
Sifu James Tan dari Melaka dengan lebih daripada 20 tahun pengalaman akan mengendalikan sesi cantuman mata tunas untuk durian dan avocado. Selepas sesi cantuman, para peserta boleh membawa pulang pokok-pokok yang mereka cantumkan.

4. Pertandingan Durian.
Durians dari seluruh Malaysia akan menyertai Pertandingan Durian. Panel hakim antarabangsa dari Amerika, Singapura dan juga Malaysia akan merasakan dan memberi markah untuk duruan yang baik. Hadiah dan certificate akan disampaikan kepada pemenang dari setiap kategori.

5. Durian Fiesta
Pengunjung akan diberi peluang untuk membeli dan merasa buah durian yang memenangi pertandingan durian.

6. Panduan Pelancong Durian ke Pulau Pinang oleh Lindsay Gasik, Year Of The Durian.
Cik Lindsay Gasik dari USA akan membuat promosi buku beliau yang bertajuk "Panduan Pelancong Durian ke Pulau Pinang".

7. Satu pameran durian Malaysia berbagai species dan klon akan dipamerkan untuk rujukan dan pengetahuan pengunjung. Mungkin lebih dari 50 species dan klon diharap akan dapat dipamerkan

For more information contact Bangi Golf Resort

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo