NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Axiata Digital sasar 5 juta pengguna Boost


Nur Hanani Azman
20 Julai 2018 3:03 AM

KUALA LUMPUR 19 Julai - Axiata Digital Services Sdn. Bhd. yang membangunkan Boost, aplikasi dompet elek­tronik (e-dompet) menyasarkan pertumbuhan pengguna kepada lima juta orang pada penghujung tahun ini berbanding 2.7 juta ketika ini.

Axiata Digital, ca­bang perkhidmatan di­gital milik Axiata Group Bhd. sehingga kini mempunyai 18 jenama digital termasuk Boost, Apigate, BIMA dan 11street.

Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Digital, Mohd. Khairil Abdullah berkata, pertumbuhan pengguna Boost akan didorong oleh pe­ningkatan kesedaran penggunaan e-dompet yang lebih mudah dan menjimatkan berbanding wang tunai.


Katanya, Boost yang dilancarkan sejak Januari tahun lalu merupakan antara pelopor segmen pembayaran menggunakan e-dompet dengan memiliki sebanyak 30,000 rakan dagang.

Jelas beliau lagi, majoriti rakan dagang atau merchant terdiri daripada pemain industri makanan dan minuman (F&B) diikuti platform e-dagang serta peniaga pasar malam.

"Pada April lalu, PUC Bhd. memeterai perjanjian dengan Celcom Planet Sdn. Bhd., Axiata Digital dan SK Planet Global Holdings Pte. Ltd. (SKP) dengan pelaburan sehingga RM90 juta bagi membeli pega­ngan di dalam 11Street Malaysia.

"Menerusi perjanjian itu, pengguna 11street kini boleh membuat pembayaran menggunakan Boost," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PUC, Cheong Chia Chou.

Terdahulu, PUC dan Axiata Di­gital terus memperkukuhkan kerjasama dengan menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) antara anak syarikat ke­dua-dua pihak berke­naan.

MoU pertama melibatkan RedHot Media Sdn. Bhd. dengan Axia­ta Digital Advertising Sdn. Bhd. (ADA) bagi menyediakan perkhid­matan digital.

MoU kedua adalah antara EPP Solution Sdn. Bhd. (Presto) dan Axiata Digital eCode Sdn. Bhd. (Boost) bagi meneroka peluang untuk menyatukan operasi pembayaran di bawah satu operasi.



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo