NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Annuar: Kerjasama Umno, PAS mengikut kes


Pemimpin Umno itu berkata kedua-dua parti akan bekerjasama dalam isu bersama, serta Umno, PAS mempengerusikan mesyuarat pra-majlis Dewan Rakyat dengan MCA, MIC.

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno berkata parti itu akan bekerjasama dengan PAS mengikut kes, sehari selepas presiden parti Islam, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan ia tidak akan bergabung atau menjalin kerjasama politik dengan Umno.

"Ini lanskap politik yang baru. Kita akan berbincang kalau ada isu bersama. Kadang-kadang kita berbeza pendapat di mana kita akan bersetuju untuk tidak bersetuju," kata Annuar kepada pemberita di ruang legar Dewan Rakyat hari ini.

Hari ini hari pertama sidang Dewan Rakyat.

Annuar berkata Umno dan PAS mempengerusikan satu mesyuarat pra-majlis dengan MCA dan MIC pada 15 Julai.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata pendirian Umno ialah menyokong mana-mana parti politik, termasuk PPBM, jika mereka perlukan sokongan pembangkang.

"Kami tak boleh sokong atau bantah kerana kami pembangkang. Kami akan sokong jika keputusan mereka betul dan menjadi suara rakyat jika salah."

Beliau juga berkata walaupun Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ialah ketua pembangkang, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berhak bersuara.

Najib mempertahankan beberapa keputusan yang pernah dibuat pentadbiran lepas seperti kereta api laju antara Kuala Lumpur dan Singapura, projek Transit Aliran Ringan 3 dan jumlah hutang negara.

Annuar berkata kerajaan perlu menunaikan janji menghapuskan GST dan melaksanakan SST.

"Mereka mahu adakan balik SST. Soalnya sistem apa yang terbaik untuk rakyat."

Beliau menambah sia-sia bertelegah tentang sistem terbaik kerana hakikatnya akan diketahui selepas SST dilaksanakan pada 1 September.

"Rakyat boleh menilai sistem apa yang lebih baik," kata Annuar.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo