Ahmad Zahid bakal Pengerusi PAC?

KUALA LUMPUR 24 Julai - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bakal ditawarkan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming ketika membayangkan perkara tersebut berkata, pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat akan berbincang dan membangkitkan perkara itu dalam pertemuan mingguan mereka dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, Khamis ini.

"Sudah tentu kami serius untuk menunaikan manifesto, itu antara sebab mengapa kami akan membincangkan perkara ini. Jika tak serius, kami tak akan bincang mengenainya.
"Kena tanya Ahmad Zahid," katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada Ahli Parlimen Bagan Datuk itu akan menerima jawatan tersebut atau tidak.
Terdahulu, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan menghadiri Majlis Perjumpaan Khas Bersama Editor-Editor Media di bangunan Parlimen, hari ini. - UTUSAN ONLINE
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget