Aghori: Kumpulan Hindu Mistik



Aghori adalah sekumpulan aliran (mazhab) Shaiva Sadhus dalam Hinduisme. Mereka sinonim dengan duduk dan menetap di atas tanah tanpa ada pelapik. Mereka sering membakar abu-abu pembakaran mayat dan akan tampal pada badan mereka. Selain itu mereka juga menggunakan tulang dari mayat manusia untuk dibuat perhiasan sebagai cawan tengkorak yang seperti Shiva, Kali dan dewa-dewa Hindu yang sering digambarkan secara simbolik memegang atau menggunakannya. Golongan Aghori mereka menfokuskan penyembahnya kepada dewa Shiva.

Kebanyakkan Aghori mereka membina komuniti yang kuat di luar bandar. Mereka sangat sinonim dengan pengamalan bomoh dan juga pemujaan untuk kekuatan penyembuhan dengan mengamalkan ritual mistik.

Sejarah Aghori

Tebing Sungai Ganges di India Utara adalah salah satu tempat paling suci dan terkenal untuk menunaikan ibadat bagi penganut agama Hindu, selain itu ia juga terkenal dengan nama Varanasi atau Benares. Ia dianggap sebagai metropolis bagi budaya, rohani dan agama di utara India buat selama ratusan abad. Menurut sejarah Benares, bandar ini dirujuk sebagai Kasi atau Kashi yang membawa maksud "yang bercahaya" sebagai simbolik utama kota yang mempunyai seni dan kebudayaan. Ia juga dipercayai bahawa kota ini dicipta oleh dewa Shiva, yang merupakan dewa pemusnah alam semesta dalam kosmologi Hindu.

Di tempat inilah merupakan pusat dan tempat kelahiran aliran Aghori. Walaupun ianya adalah kota suci untuk berjuta-juta pengunjung yang mandi di sungai Ganges. Ia juga dianggap sebagai bandar yang tercemar dan terkotor, seperti yang diperhatikan dari amalan dan ritual pengikut Aghori.

Dalam konteks ini, falsafah dan sejarah mazhab Aghori dapat dikenal pasti, mereka mengakui diri mereka sebagai penyembah dewa agama Hindu iaitu Shiva. Oleh itu, pusat utama aliran Aghori adalah Benares, di mana Samadhi (kubur) Kina Ram, seorang pertapa Aghori yang dikatakan hidup sekitar 150 tahun pada separuh kedua abad ke 18 M, dan diakui sebagai jelmaan (avatar) Shiva. Candi Kina Ram yang dibina di situ dianggap oleh pengikut mazhab Aghori sebagai pusat paling suci.

Melangkah lagi ke dalam sejarah mazhab Aghori, dipercayai bahawa kaum India Kapalika Utara adalah pengasas mazhab tersebut. Kumpulan-kumpulan keagamaan ini muncul di antara abad ke-7 M hingga ke-12 M dan mengamalkan konsep antinomian (bebas dari peraturan dan hukum sosial) sebagai satu cara untuk membebaskan jiwa.

Istilah Kapalika berasal dari perkataan Kapalin atau orang yang membawa tengkorak. Menurut Lorenzen di dalam kajiannya New data on the Kaplaikas menyifatkan Kapalin sebagai “individu yang bersama tengkorak dan tongkat, hidupnya seperti peminta sedekah, dan hanya memakan sedikit makanan".

Kaum Kapalika tidak tersenarai di dalam organisasi berstruktur kerana mempunyai harta benda yang sekadar sahaja dan menjalani kehidupan secara bersendirian. Oleh itu, keturunan atau warisan mereka masih kekal misteri, membiarkan ahli sejarah terus berspekulasi tentang asal-usul dan sifat mazhab ini. Melalui dasar keagamaan dan falsafah mereka di Advaita Vedanta, Aghori mengikuti cara hidup yang monist (teori bahawa segala perkara berasal dari realiti yang satu). Advaita adalah pemikiran non-tradisi falsafah Vedanta yang menekankan kesatuan jiwa individu, Tuhan, dan alam semesta.

Dalam erti kata lain, inti dari falsafah Advaita adalah percaya dan menerima Brahman (pencipta) dan Atman (jiwa) sebagai identiti yang satu. Menurut falsafah Advaita, tidak ada perbezaan antara Tuhan dan manusia, diri dan lain-lain, baik dan buruk, atau kesucian dan kekotoran. Mereka semua adalah Brahman, dan dunia ini adalah satu-satunya ramuan ilusi yang realiti.

Ritual Aghori

Aghori mempunyai upacara atau ritual tertentu untuk mencapai peringkat spiritual yang tertinggi, dan supaya mereka lebih dekat kepada Tuhan. Tujuan utama dalam ritual-ritual yang diamalkan mereka adalah untuk memisahkan diri mereka daripada dunia dan untuk menyatukan diri dengan Tuhan. Antaranya:

1. Shava Sadhana – Bermeditasi di hadapan mayat

Ritual ini disifatkan sebagai ritual yang agak sukar dan rumit untuk dilaksanakan. Aghori perlu memilih bangkai mayat yang tertentu dan meletakkan mayat (dan juga abu mayat) di dalam satu lingkaran serta melakukan meditasi di kawasan tersebut.

2. Menyapu abu mayat

Mereka juga sering menyapu abu mayat ke atas tubuh mereka, sebagai simbol bahawa mereka tidak takut kepada kematian.

3. Amalan pemakanan

Mereka mempunyai amalan untuk makan daging manusia yang mentah, dan ia merupakan satu lagi peringatan bahawa tidak terdapat perbezaan antara daging yang baik atau buruk, daging manusia atau binatang. Perbezaan seperti itu hanya akan mewujudkan jurang perbezaan antara segala ciptaan tanpa sebarang manfaat dalam perkembangan rohani jiwa manusia. Oleh kerana mahu menghilangkan wujudnya jurang itu maka mereka memakan daging-daging tersebut.

Mereka juga menganggap makan najis, kencing dan daging mentah sama ada dari sumber haiwan atau manusia sebagai satu ritual. Selain itu, setiap makanan yang dimakan oleh Aghori perlulah menggunakan tengkorak sebagai ‘mangkuk’ atau ‘pinggan’ mereka.

4. Menghisap ganja dan minum alkohol

Menghisap ganja atau Marijuana serta minum alkohol umumnya dilakukan secara meluas oleh golongan Aghori untuk mencapai peringkat para Dewa. Khayalan dan halusinasi yang diakibatkan oleh ganja tersebut dikatakan membuatkan mereka naik ke peringkat spiritual yang lebih tinggi.

Svoboda di dalam bukunya Aghora: At the left hand of God menerangkan: “Apabila seorang Aghori mengambil banyak minuman keras dia merasa seperti memberitahu semua orang yang dia jumpai, "Tinggalkan aku sendirian!" Dan jika ia menutup dirinya dengan abu dan bertelanjang dan berteriak-teriak dengan kata-kata yang keji, tiada siapa yang mungkin akan mendekatinya, dan dia boleh berada bersendirian sepanjang hari. Inilah salah satu sebab Aghoris bertindak seperti yang mereka lakukan.”

5. Hubungan Seksual - Mereka juga mempercayai bahawa mengadakan hubungan seks dengan wanita yang sedang haid adalah untuk membangkitkan kekuatan supernatural di dalam diri mereka.

Kesimpulan:

Aghori adalah suatu kelompok yang mistik dengan ritual keagaman yang dilihat ke arah karnibal dan dianggap ganjil oleh ramai pengkaji. Selain itu, mereka juga dianggap sebagai kelompok yang memiliki kepakaran seperti menyembuhkan penyakit dan juga mahir dalam selok belok alam perbomohan. Imej mereka juga dilihat berbeza sedikit dengan aliran agama Hindu yang lain kerana mereka memiliki identiti kemistikan mereka tersendiri.

Rujukan:

[1] Veena Nagaraj, Unraveling the Mystique Behind the Arghoris, Hinduism Now, Issue 5 Vol. 1, July 2016.
[3] Barrett, R. L. (2002). Aghor medicine: Pollution, power, and healing in Banaras, Northern India. Dissertation Abstracts International, 63(07). (UMI No. AAT3058994).
[4] Lorenzen, D. (1989). New data on the Kaplaikas. In A. Hiltebeital (Ed.), Criminal gods and demon devotees: Essays on the guardians of popular Hinduism. New Delhi, India: Manohar Publishers.
[5] Parthasarathy, A. (1995) Vedanta treatise. Malabar Hill, Mumbai, India: Vedanta Life Institute.
[6] Gupta, R. P. (1993). The politics of heterodoxy and the Kina Rami ascetics of Banaras. Dissertation Abstracts International.
[7] Svoboda, R. (1986). Aghora: At the left hand of God. Las Vegas, NV: Brotherhood of Life.

R&D Team Multiracial Reverted Muslims

Sumber: https://www.facebook.com/FirdausWongMRM/posts/1609853162458997
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget