9 Hari Untuk Kemas Kini Maklumat PTPTN



KUALA LUMPUR – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu mengemukakan maklumat pendapatan mulai hari ini hingga 25 Julai depan.

Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan berkata ia perlu dilaksana bagi mengumpul data terkini sebelum penangguhan bayaran balik untuk peminjam berpendapatan bawah RM4,000 dilaksanakan, sebaik kajian teliti selesai.

“Semua peminjam yang patut membuat bayaran balik dan masih mempunyai baki dikehendaki mengemas kini maklumat secara dalam talian pada portal rasmi PTPTN.

“Sekiranya peminjam gagal mengemas kini maklumat dalam tempoh itu, PTPTN menganggap peminjam tidak berhasrat memohon penangguhan,” katanya pada sidang media di Menara PTPTN, hari ini.

Beliau berkata selain maklumat pendapatan, peminjam perlu mengemas kini maklumat penting seperti alamat, nombor telefon dan e-mel.

Wan Saiful berkata PTPTN juga berharap agensi-agensi terlibat seperti Kementerian Kewangan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dapat membantu dari segi perkongsian data untuk memudahkan proses berkenaan.

“Kita menghadapi kekangan untuk mendapatkan data berikutan semua maklumat dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Oleh itu, kita merayu agensi terlibat membantu PTPTN dan peminjam sendiri mengemaskini maklumat mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Wan Saiful berkata pada Jun lepas, seramai 429,945 peminjam dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen, selaras dengan janji pilihan raya umum kerajaan Pakatan Harapan untuk memutihkan peminjam PTPTN yang disenarai hitam.

Beliau turut menafikan pelantikannya sebagai pengerusi PTPTN baharu pada Jun lepas adalah atas dasar politik.

“Pelantikan saya tidak bertentangan dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan kerana janji itu hanya tertakluk kepada pelantikan dalam syarikat milik kerajaan (GLC), ” katanya. – BERNAMA
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget