64% Rakyat Filipina Sokong Penutupan Boracay


MANILA – Istana Malacanang gembira dengan hasil tinjauan baru-baru ini menunjukkan majoriti rakyat Filipina menyokong penutupan Pulau Boracay selama enam bulan, lapor Inquirer.net.

“Istana mengalu-alukan sokongan rakyat,” kata jurucakap presiden, Harry Roque dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Hasil kaji selidik Stesen Cuaca Sosial menunjukkan 64 peratus rakyat Filipina menyokong penutupan Boracay bagi membolehkan pemulihan dilakukan, selepas Presiden Rodrigo Duterte menyifatkan pulau peranginan itu umpama “takung najis”.

Duterte mengarahkan Boracay ditutup bermula pada 26 April dan menandatangani Perisytiharan No. 475 yang meletakkan kampung Manoc-Manoc, Balabag dan Yapak berada di bawah keadaan bencana. -BERNAMA
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget