NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

1MDB: Arul Kanda ditamatkan perkhidmatan


KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dilaporkan telah menamatkan perkhidmatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arul Kanda Kandasamy berkuat kuasa semalam.

Memetik laporan daripada sebuah portal berita, surat penamatan perkhidmatannya itu diberikan selepas Arul Kanda didapati melanggar kontrak dan kewajiban fidusiari sebagai ketua 1MDB yang kini berdepan dengan penyiasatan antarabangsa mengenai salah guna kuasa

Sumber berkata, keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Arul Kanda dibuat dalam satu mesyuarat lembaga pengarah pada 25 Jun lalu dan surat tersebut disampaikan kepadanya semalam.

Laporan dari The Edge pula menyatakan pemecatan Arul Kanda itu datang dua hari sebelum kontraknya berakhir pada 30 Jun ini.

Arul menyertai 1MDB pada 2015.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo