NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zeti Pengerusi baharu PNB



Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang baharu, berkuat kuasa 1 Julai ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, PNB berkata, pelantikan Zeti adalah menggantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar yang meletakkan jawatan, berkuat kuasa esok.

Menerusi kenyataan itu, PNB mengalu-alukan pelantikan Zeti sebagai pengerusi baharu, sekali gus yakin dengan pengalaman luasnya untuk menerajui syarikat berkenaan.

"PNB turut ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Abdul Wahid Omar atas sumbangannya sepanjang berkhidmat di PNB.

"PNB menghargai kepimpinan dan bimbingan Abdul Wahid sejak pelantikannya pada Ogos 2016," kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, PNB turut mengumumkan jawatan Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB) diambil alih Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkuat kuasa 28 Jun.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo