NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wakil Rakyat Dap Dilantik Speaker Dun Selangor


Wakil rakyat DAP, Ng Suee Lim dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang baharu.

Nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan itu dicadangkan oleh ADUN Sungai Tua, Amirudin Shari serta disokong ADUN Bandar Baru Klang, Teng Chang Khim.

Suee Lim kemudian mencadangkan ADUN Paya Jaras dari PKR, Khairuddin Othman sebagai Timbalan Speaker serta disokong ADUN Kota Kemuning oleh V Gananatirau.

Seramai 55 daripada 56 ADUN termasuk empat wakil rakyat Barisan Nasional (BN) serta seorang wakil rakyat PAS mengangkat sumpah sebagai ADUN.

ADUN Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafiei tidak hadir menangkat sumpah kerana faktor kesihatan.

Majlis angkat sumpah di hadapan Speaker DUN dimulakan Menteri Besar Selangor.

Ia diikuti 10 EXCO iaitu Chang Kim; Ganabatirau; ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail; ADUN Seri Serdang, Dr Siti Mariah Mahmud; ADUN Pandan Indah, Ir Izham Hashim dan ADUN Lembah Jaya, Haniza Talha.

EXCO lain ialah ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari; ADUN Kinrara Ng Sze Han; ADUN Seri Setia, Shaharuddin Badaruddin dan ADUN Kajang, Hee Loy Sian.

Sumber: http://watan-online.com/wakil-rakyat-dap-dilantik-speaker-dun-selangor/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo