NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMMAH: Bahasa Kebangsaan Bahasa Rasmi Kerajaan Malaysia




KENYATAAN MEDIA:
BAHASA-BAHASA SELAIN DARIPADA BAHASA KEBANGSAAN TIDAK SEHARUSNYA DIBERIKAN TEMPAT DALAM RUANG RASMI KERAJAAN MALAYSIA


Oleh: Gerakan Pembela UMMAH
26 Jun 2018


1. Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) sebagai gabungan lebih daripada 300 badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di seluruh negara memandang berat tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang cuba untuk mengangkat bahasa Mandarin dalam ruangan dan urusan rasmi Kementerian Kewangan. Hal ini bercanggah dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan sendiri, yang berjanji untuk memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa kebangsaan yang diiktiraf di bawah Perlembagaan Persekutuan.

2. Sungguhpun Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed telah mengeluarkan kenyataan semalam bahawa Lim Guan Eng telah “tersilap”, dan ianya adalah “kesilapan yang kecil”, tetapi UMMAH berpendapat bahawa sesuatu kesilapan hanya boleh dianggap sebagai kesilapan yang kecil sekiranya kesalahan itu dibuat tanpa niat. Sedangkan dalam hal ini, dalam kenyataannya di ruang Facebook bertarikh 24 Jun 2018, yang ditulis dalam bahas Cina semata-mata (tetapi boleh diterjemah menggunakan mekanisme ‘auto-translation’), Lim Guan Eng secara terang-terangan menyatakan antara lainnya seperti berikut:-

官员锻适åŗ”和习ęƒÆéƒØé•æ除äŗ†å›½čÆ­åŠč‹±čƭ外,ä½æē”Ø华čÆ­ęˆ–å…¶ä»–ęƍčÆ­。
"...... Selain bahasa Melayu dan Inggeris, pegawai-pegawai kerajaan harus membiasakan diri menguasai bahasa Mandarin dan bahasa-bahasa ibunda lain."

3. Apa yang dibuat oleh Lim Guan Eng ialah langkah penuh berniat untuk mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa kebangsaan yang dibenarkan untuk digunakan dalam ruang rasmi kerajaan, dengan cara mengangkat bahasa Mandarin dan bahasa-bahasa ibunda lain, ke ruang rasmi.


4. UMMAH ingin mengingatkan bahawa Suruhanjaya Reid sebagai suruhanjaya yang berperanan mengesyorkan perkara-perkara dalam Perlembagaan Persekutuan, dalam perenggan 171 Laporannya pada tahun 1957 telah dengan tegas menyatakan bahawa pengucapan bahasa Cina dan dan India seharusnya dielakkan selagi mungkin, dan bukan dijadikan sebagai aturan umum untuk digunakan dalam urusan rasmi — “Our recommendation is based on the view that speeches in Chinese or Indian languages should be exceptional and we would not think it right to open the door for the regular use of these languages….”

5. Turut tular semalam adalah klip video Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran, yang memberikan sidang media dalam bahasa Tamil ketika menjawab soalan daripada wartawan. Kebiadapan dan kelancangan seperti ini perlu dihentikan dengan serta merta. Jika pun wartawan mengajukan soalan dalam bahasa etnik, maka sebagai Menteri yang mewakili kerajaan Malaysia, beliau bertanggungjawab untuk memberikan penerangan dan jawapan dalam bahasa kebangsaan yang difahami oleh rakyat Malaysia keseluruhannya. Tidak masuk akal jika mana-mana organisasi media menghantar wartawan yang tidak fasih dalam bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, atau bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, ke majlis sidang media rasmi kerajaan.


6. Sebagai akhir kalam, UMMAH ingin mengingatkan kembali apa yang pernah ditegaskan oleh Mahkamah Persekutuan (selaku tingkat kehakiman tertinggi dalam negara) ketika memutuskan kes Merdeka University Berhad lwn Kerajaan Malaysia pada tahun 1982. Mahkamah menyatakan bahawa para perangka Perlembagaan kita telah dengan penuh sedar menekankan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, agar ia dapat menjadi teras penyatuan rakyat berbilang kaum:- “The framers of the Constitution deliberately chose to use the expression 'national language’," kata Mahkamah, "because they intended that Bahasa ... should be used not only for official purposes but also as an instrument for bringing together the diverse and polyglot races that live here and thus promote national unity… [T]he use of bahasa could and should be used as an instrument for unifying the whole nation.”


Tuan Haji Aminuddin Yahya
Ketua Sekretariat
Gerakan Pembela UMMAH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo