NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tun Faisal Tanding MT Umno


Bekas pengarah bahagian komunikasi strategik Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Tun Faisal Ismail Aziz merupakan individu terbaharu mengumumkan untuk bertanding jawatan Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan 30 Jun ini.
Beliau berkata keputusan untuk bertanding itu dibuat bagi melakukan perubahan dalam UMNO tanpa meninggalkan prinsip perjuangan dalam parti itu.
“Parti kita memerlukan pasukan baru di peringkat kebangsaan, negeri dan bahagian dan memerlukan sikap, budaya, pendekatan dan gerak kerja baru untuk mengembalikan sokongan ahli, penyokong dan rakyat.
“Bagaimanapun itu tidak bermaksud prinsip dan perjuangan UMNO juga mesti diubah.
“Walaupun UMNO perlu berubah, tetapi UMNO tidak boleh diubah menjadi sebuah parti sosialis dan menyokong fahaman liberalisme dan sekularisme semata-mata untuk mendapat undi,” katanya melalui kenyataan pada Selasa.
Tun Faisal turut berjanji akan memberi komitmen kepada perjuangan UMNO untuk membela Islam, melaksanakan pengkaderan ahli dan bekerja keras untuk memenangkan parti dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15).
“Saya berikrar untuk berani bersuara memantau kerajaan Pakatan sebagai pemimpin pembangkang. Mendedahkan kesalahan, penipuan dan kezaliman Pakatan pada setiap ruang yang tersedia.
“Komited menggerakkan usaha menggantikan kerajaan sedia ada yang menipu rakyat dan tidak mengotakan janji dengan kerajaan yang benar-benar membela rakyat dan menunaikan janji,” katanya.

Wartawan Watan-Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo