NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tukar nama ke Tabung World Cup – Pemuda Umno




Pemuda Umno menyindir Tabung Harapan Malaysia dengan mencadangkan namanya ditukar kepada Tabung World Cup (Piala Dunia).

"Pun begitu, di sebalik mesej dan mainan sentimen kononnya ekonomi lemah sehingga sebuah tabung terpaksa dilancarkan untuk rakyat menyumbang membantu kerajaan mengurangkan hutang negara, jemaah menteri hari ini (semalam) mengumumkan peruntukan berjumlah RM40 juta untuk membeli hak penyiaran siaran langsung Piala Dunia untuk ditayangkan secara percuma di RTM.

"Agaknya dah boleh ubah nama tabung ke Tabung World Cup," ketua penerangan pergerakan itu Shahril Hamdan dipetik sebagai berkata oleh Umno Online.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengumumkan pembentukan Tabung Harapan Malaysia susulan kewangan negara yang "begitu buruk".

Mahathir selepas mengambil alih tampuk pemerintahan negara dari Datuk Seri Najib Razak dari BN mengumumkan hutang negara telah mencecah RM1 trilion.

Pada hari yang sama, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata kabinet memperuntukkan RM40 juta untuk membeli hak penyiaran bagi membolehkan

RTM menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan Piala Dunia 2018.

Bagaimanapun, katanya, sebahagian kosnya akan diserap oleh penaja.

Sementara itu, Shahril juga berkata penjawat awam dan pesara juga terpaksa menerima tempias propaganda itu sehingga bonus hari raya lebih rendah daripada biasa dan hanya diberi kepada mereka yang bergred 41 dan ke bawah.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo