Tiada Piliharaya di Kedah?



oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Hampir mustahil untuk pilihanraya negeri Kedah akan berlaku. PAS Kedah pun tahu. Kuasa pembubaran DUN untuk beri laluan pilihanraya negeri terletak pada MB Mukhriz, sekalipun majoriti Adun setuju DUN dibubar. Anda rasa beliau akan bubar? Saya yakin, tidak akan bubar.

2) Jadi, apa yang PAS kecoh sangat pasal Kerajaan Perpaduan dan Pilihanraya Negeri? Cheritanya begini... Kegelisahan 18-18 ini hanyalah datang daripada pihak PH yang membaca sokongan pembangkang 15, PAS dan 3 BN itu sebagai 18 pembangkang. Maka jadinya setara. Walhal sebenarnya BN belum tentu bersama PAS dalam undian perlantikan Speaker.

3) Bahkan 3 Adun BN itu sebenarnya akan lebih cenderung menyokong PH dalam perlantikan speaker, sebagaimana keyakinan Mukhriz. Sifirnya mudah, jika Mukhriz tawarkan peruntukan besar untuk DUN BN setara dengan DUN PH, apakah 3 BN itu akan menentang cadangan speaker PH?

4) Jadi, PH sifir mudahnya akan dapat lantik Speaker tanpa perlu goyah dengan 15 Adun PAS yang berkemungkinan oppose. Bahkan PAS pun tahu kekuatan mereka setakat itu sahaja, tak ada kuasa lebih pun untuk gugat kerajaan PH. Nak sabotaj pun tak cukup kekuatan.

5) Kebimbangan Mukhriz sebenarnya datang daripada movement PKR Kedah yang tidak dapat dibaca. Isu perlantikan MB sebenarnya PKR mahu melantik Datuk Johari. Malah beliau pun pernah sebut beliaulah yang akan jadi MB kerana bilangan Adun PKR paling ramai dalam PH. Surat presiden PKR pun sudah merestui Datuk Johari. Tiba-tiba Mukhriz pula yang angkat sumpah sebagai MB. 

6) Ada spekulasi dan ketidakpuasan hati di situ. Kemelut dan polemik kerajaan PH Kedah adalah datang dari PH sendiri. Tawar menawar jawatan Speaker antara PPBM dan PKR berpanjangan. Mana tak bimbang, jika PKR sebagai Speaker terima pula usul undi tak percaya kepada MB?

7) Mukhriz bimbang gerakan PKR. Beliau pernah ajak PAS bekerjasama dalam perlantikan Speaker. Bukan mahu sokongan PAS, tapi untuk mengurangkan serangan PAS ataupun membuat PAS sedikit lunak menyokong beliau juka apa-apa berlaku antara PPBM dan PKR.

8) PAS asalnya tak ambil kisah pun pergelutan dalaman PH, cuba cuit Mukhriz. Alaah Datuk, kalau datuk buat kerajaan perpaduan, kami semua PAS ni sokong datuj sebagai MB. Sebenarnya ia hanya nada sinis.

9) Tapi ia dipandang serius oleh Pengerusi Amanah. Lalu dibedilnya PAS gila kuasa. Serius atau tidak, ia sebenarnya salah satu strategi supaya Adun-adun PH memberi sokongan kuat kepada MB Mukhriz. Biasalah.. Ada threat barulah mudah peroleh sokongan padu. PAS jadi kambing hitam. Mujur PAS tak melatah teruk sangat. Cukup sekadar memberi education kepada Pengerusi Amanah yang tak reti pasal kerjaan perpaduan saja.

10) Jadi keputusan perlantikan speaker adalah 4 Julai nanti, berdasarkan undian dalam dewan. Moga tak ada apa-apa yang keruh. Mukhriz dah pun kata dah setel nama-nama calon Speaker dan Timbalan Speaker.

11) Nama Speaker dari PKR, untuk cooldownkan PKR yang kecewa tak dapat jadi MB. Tetapi timbalan speaker daripada PPBM, mesti PPBM, bukan Amanah, bukan DAP. Apa kuasa timbalan Speaker? Rujuk kes tumbangnya kerajaan PR Perak 2008, apa fungsi timbalan Spraker… Bwahahaha...

12) So, kesimpulannya, tak akn berlaku PRN. Tak perlu excited sangat. PAS sebut saja PRN sebab nak tambah ajinimoto sikit dalam kehangatan dalaman PH. Tak ada apa sangat pun PAS nak sabotaj ka gila kuasa ka. Cuma PAS nak bagi tau, kalau berlaku PRN, PAS akan lawan tetaaapp lawan.. Bwahahaha...

Sekian

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget