Tiada kerjasama politik PAS dengan Umno, tapi kalau...



KOTA BHARU: PAS tidak pernah ketagih untuk bersama Umno dalam perjuangan politik kerana dasar parti itu yang tidak memperjuangkan Islam, kata Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Beliau berkata PAS sejak dari dahulu sentiasa bermusuh dengan Umno dan tidak mungkin mengadakan kerjasama politik dengan parti tersebut.

"Kita (PAS) tak pernah ketagih nak bersama dengan Umno (kerana dasar perjuangan yang berbeza). Kecuali kalau selepas ini, kalau UMNO nak bersama dengan Islam dan sebagainya, itu cerita lain," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kuliah di Dataran Ilmu di sini, Jumaat.

Nik Muhammad Zawawi berkata PAS memperjuangkan Islam sejak sekian lama dan tidak mengamalkan politik dendam terhadap mana-mana pihak.

Beliau mengulas kenyataan anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang dilaporkan berkata Umno dinilai lebih baik bekerjasama dengan Pakatan Harapan berbanding dengan PAS.

"Saudara Nazri ini dia bercakap seolah-olah UMNO ini masih menang… kita nak bagitau bahawa Umno ini sebuah parti yang ditolak oleh rakyat, dan di antara individu yang ditolak oleh rakyat adalah dia (Nazri) sendiri," katanya. - Bernama



Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget