Terengganu: Teruskan projek Kaprima capai objektif asal - Dr Azman


SETIU: Kerajaan Negeri akan meneruskan empat projek kambing Kaprima yang berpotensi walaupun asalnya lapan diusahakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, sokongan kepada pihak yang mempunyai minat, potensi dan kesungguhan untuk melaksanakannya akan diberi.

"Antara punca utama kegagalan baki empat lagi ialah pemilihan peserta yang tak menepati kriteria, lokasi Lembah Kaprima yang terlalu jauh dari kemudahan jalan raya dan beberapa isu pengurusan serta pentadbiran sehingga kemudahan menjadi terbiar, ditumbuhi semak samun dan rosak," ujar Dr Azman.

Beliau berkata ketika diminta untuk mengulas selepas meninjau projek Kambing Lembah Kaprima di Kampung Ulu Seladang, dekat sini semalam, lapor Buletin Online.

Jelasnya juga, beliau dan Jabatan Veterinar akan mengkaji satu persatu punca-punca kegagalan projek Kaprima yang telah membelanjakan puluhan juta wang rakyat negeri Terengganu.

Kata beliau, projek tersebut yang berdaya maju akan dipulihkan untuk manfaat rakyat dalam mencapai objektif asalnya.

"Contoh penternak Hariz Nordin mewujudkan pusat pemprosesan susu kambing yang akan membantu penternak memasarkan produk mereka.

"Projek Kaprima Ulu Seladang yang diusahakan oleh beliau antara yang berjaya dengan memiliki lebih 600 ekor kambing daging dan tenusu," tambah Dr Azman.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget