Terengganu: Kunjungan tidak rasmi MB kepada Perdana Menteri eratkan hubungan hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan



Perjumpaan MB Terengganu dan PM Tidak Rasmi

Norbaity Abd Latif
4 Jun 2018

Dungun - Menteri Besar Terengganu, YB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan kunjungan tidak rasmi beliau berjumpa Perdana Menteri Malaysia pagi tadi tiada agenda khusus.

Kedatangan beliau bersama-sama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Dato' Hj Mustafa Ali disambut dengan besar hati oleh Tun Mahathir.

Ketika ditemubual semasa menghadiri majlis kesyukuran dan berbuka puasa di Masjid Hadhari Paka petang tadi, Menteri Besar Terengganu menjelaskan matlamat utama pertemuan adalah untuk memperkasakan hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Ini disebabkan suasana politik Malaysia yang unik pada masa sekarang kerana bukan Terengganu sahaja yang berbeza kerajaan, sebaliknya terdapat beberapa negeri lain turut diperintah kerajaan selain Pakatan Harapan.

Pembinaan hubungan yang lebih baik di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat adalah bagi membina negara yang lebih baik untuk masa hadapan.

Beliau turut memaklumkan bahawa akan diadakan satu majlis mesyuarat kewangan negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan turut dihadiri Menteri-Menteri Besar setiap negeri.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget