Terengganu: Kerajaan ada alternatif atasi masalah kehabisan peruntukan



Kerajaan Negeri sekarang akan memperhalusi semula peruntukan mana yang lebih dan daripada simpanan yang ada dan kita akan cuba untuk ambilnya bagi kegunaan rakyat - Dr. Samsuri

KUALA TERENGGANU : Kerajaan PAS Terengganu akan menyusun semula belanjawan dan peruntukan negeri bagi memastikan setiap rakyat menerima faedah dan manfaat sama rata.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, peruntukan akan disalurkan mengikut keutamaan dan kesesuaian tanpa meminggirkan mana-mana pihak.

Menurut beliau, walaupun peruntukan melalui kerajaan Barisan Nasional sebelum ini sudah habis dibelanjakan pada April lalu, namun pihaknya mempunyai alternatif untuk menangani perkara itu.

"Kerajaan Negeri sekarang akan memperhalusi semula peruntukan mana yang lebih dan daripada simpanan yang ada dan kita akan cuba untuk ambilnya bagi kegunaan rakyat.

"Terdapat pelbagai akaun yang kita boleh pindahkan untuk memastikan rakyat tidak terjejas," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dun Ladang di Kuala Terengganu pada Isnin.

Kerajaan Negeri juga mengalu-alukan langkah Kerajaan Pusat untuk menyalurkan peruntukan RM100,000 kepada Ahli Parlimen bukan dari Pakatan Harapan dan menyifatkanya ia satu pendirian positif untuk kebajikan rakyat.

Pada Pilihan Raya ke-14 (PRU14), Pas menguasai enam daripada lapan kerusi parlimen yang dipertandingkan manakala BN menang dua kerusi.

Ahmad Samsuri berkata, mekanisme perbelanjaan untuk parlimen itu dijangka diperincikan di peringkat perbendaharaan dan Jabatan Pembangunan Persekutuan, JPP.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget