Terengganu ambil perhatian cadangan perantau



KUALA TERENGGANU: Semua cadangan dan sumbangan pemikiran anak-anak Terengganu di perantauan akan diberi perhatian oleh kerajaan negeri dalam usaha memajukan negeri itu.

Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, majlis pertemuan dengan perantau adalah pendekatan terbaik kerajaan negeri untuk bermesra dan mendekati seluruh anak-anak perantau.

Memetik laporan Buletin Online, ujarnya majlis tersebut adalah medan yang sesuai untuk mendapatkan pandangan dan cadangan dari rakan-rakan perantau.

"Pada masa yang sama, majlis ini menjadi tempat kepada kerajaan negeri menyampaikan hasrat dan misi kerajaan serta menjawab isu-isu semasa yang melibatkan pentadbiran dan politik," ujarnya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Bersama Anak-Anak Terengganu Di Perantauan 2018 sempena Hari Raya Aidilfitri di Dewan Konvensyen Duyong Marina and Resort, malam tadi. Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan negeri, Dato' A Rahman Yahya dan Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan raya PAS Pusat menambah, tugas kerajaan yang dipilih untuk bangun mendepani masa mendatang dengan politik kasih sayang, politik matang dan sejahtera yang diamalkan oleh parti itu.


"Ini merupakan anjakan pemikiran supaya rakyat tidak takut dengan perubahan, yang dilakukan dalam proses demokrasi negara kita.

"Kita bangun dengan poliitik yang lebih harmoni ke dalam masyarakat, bukan politik kebencian (tetapi) politik yang menyelesaikan masalah," ujarnya yang juga Adun Ru Rendang.

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget