Tawaran Vincent Tan perlu ambil kira alam sekitar kata PAS


Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya Tan Sri Vincent Tan sebelum ini menyatakan kesediaan untuk membina lapangan terbang dengan perbelanjaan sendiri yang dianggarkan bernilai sekitar RM1.1 bilion hingga RM1.2 bilion.

PAS menyifatkan cadangan Kumpulan Berjaya untuk membina lapanan terbang lebih besar menggunakan wang sendiri di Pulau Tioman, Pahang sebagai "sangat menarik".

Bagaimanapun, kata Timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ia tidak berbaloi jika melibatkan penambakan laut.

"Kerajaan Pahang perlu tegas menjaga keindahan dan keselamatan Pulau Tioman. Ia adalah aset pelancongan Pahang yang sangat bernilai kerana keindahannya.

"Jangan hanya melihat dari aspek ekonomi semata-mata segalanya tergadai," katanya.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya Tan Sri Vincent Tan sebelum ini menyatakan kesediaan untuk membina lapangan terbang dengan perbelanjaan sendiri yang dianggarkan bernilai sekitar RM1.1 bilion hingga RM1.2 bilion.

Lapangan Terbang Kampung Tekek sedia ada hanya untuk kegunaan pesawat kecil kerana laluannya pendek tidak sampai satu kilometer.

Sementara itu, selari dengan pendirian Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) semalam, PAS juga berkata cara baru perlu diterokai untuk membesarkan lapangan terbang Pulau Tioman jika ia dilaksanakan.

"Dan cadangan baru itu perlu memenuhi Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar EIA," kata Tuan Ibrahim.

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget