NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Syed Saddiq: Menteri Pertanian peralat kerajaan untuk parti?





Ketua ARMADA BERSATU, Syed Sadiq Abdul Rahman menegur Pakatan Harapan (HARAPAN) kerana dilihat menyalahgunakan jentera kerajaan.

Beliau merujuk "Program Jualan Harapan Rakyat" anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang memaparkan logo HARAPAN.

"Jangan ulangi kesilapan yang lepas. Jangan memperalatkan agensi kerajaan untuk kepentingan parti.

"Kenapa ada logo HARAPAN?" Soal beliau dalam hantaran Twitter.

Program ini berlangsung di pasar Bandar Baru Ampang yang menjual barangan keperluan pada harga yang rendah.

Syed Saddiq berkata beliau akan membuat aduan mengenai perkara itu.

"Saya akan bangkitkan isu ini kepada pimpinan tertinggi kerajaan," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo