NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sirul tahu Siapa Bunuh Altantuya?


Pasti ramai yang masih ingat lagi dengan kes pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang pernah menggemparkan Malaysia pada tahun Oktober 2006. Kes tersebut bukan saja menjadi perhatian rakyat Malaysia, malah seluruh dunia.

Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Umar tertuduh utama kes tersebut yang kini berada dalam tahanan imigresen di Brisbane sejak 2015, sedia mendedahkan perkara sebenar dalam kes kematian model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang berlaku 12 tahun lalu.

Dalam pada itu, Sirul Azhar berkata, dia sedia bekerjasama dengan kerajaan baharu untuk membongkar kisah sebenar itu dengan syarat diberikan pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong.

"Tanpa pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong, Australia tidak boleh melepaskan saya daripada tahanan.

"Saya mengalu-alukan pertolongan daripada kerajaan Malaysia dan memohon kerajaan bekerjasama dengan kerajaan Australia bagi membebaskan saya daripada Pusat Tahanan Imigresen di Brisbane, Australia," katanya.


Menurutnya, hasrat itu disuarakan susulan rasa tidak puas hatinya terhadap keputusan perbicaraan kes bunuh tersebut kerana tiada saksi mata dikemukakan dan mahkamah hanya bergantung kepada bukti keterangan semasa yang tidak kuat.

"Bersama UTK, saya berkhidmat untuk menangkap dan bunuh pencuri dan pelbagai jenayah semuanya untuk keselamatan negara. Orang awam tak tahu bagaimana UTK berfungsi kerana kami kena ikut perintah," katanya.

Sirul Azhar, tertuduh kedua & Azilah Hadri tertuduh pertama,

Pada 13 Januari 2015, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Sirul Azhar dan seorang lagi bekas anggota UTK Azilah Hadri selepas membenarkan rayuan pendakwa raya yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan.

Kes pembunuhannya adalah aspek paling menggemparkan dalam skandal membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa terbabit dalam pembelian kapal selam Scorpene buatan Perancis pada tahun 2002.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo