NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Siasat terus mereka yang hidup mewah melebihi pendapatan



oleh: Hj Idris Hj Ahmad
27/6/18.

Banyaknya harta yang dirampas daripada milik keluarga DS Najib. Nilai lebih RM1 bilion.  Wang tunai RM116.7 juta? Seutas rantai leher ja bernilai   RM6 juta.?. Daripada mana kekayaan ini diperolehi?. Gaji, menabung, pusaka atau drp mana. 

Sebab itu kita harapkan supaya SPRM dan pihak berkuasa boleh siasat terus mereka yang hidup mewah melebihi pendapatan. Jangan tunggu tidak ada kuasa baru ambil tindakan. Bertindaklah kepada siapa yang disyaki mendapat harta yang tidak sepadan dengan pendapatan walau pun masih berkuasa. Jangan sampai dah jadi barah tahap 4, baru hendak bertindak. 

Kesannya rakyat yang menderita. Keluar universiti kerja tidak ada. Biasiswa tidak ada. Hospital tidak cukup doktor pakar. Kos sara hidup meningkat. Harga rumah meningkat. Rakyat masih ramai tidak memiliki rumah. Dan lain- lain lagi.

Prinsip "Kebenaran apabila berkuasa" kena buang. Bila tidak ada kuasa baru salah. Kerana prinsip ini akan hancur negara. Tangkap samaada yang berkuasa atau tidak berkuasa. Tidak ada siapa yang boleh atasi undang-undang. Kita tidak mahu apabila ada kuasa semua betul dan benar, kes boleh digugur. Bila tidak ada kuasa , semuanya salah.  

Hj Idris Hj Ahmad adalah Naib Presiden PAS

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo