NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Serbuan di Pondok Kadir Al-Jaafar Gua Tempurung melampau




BANGI, 15 Syawal 1439H, Jumaat – "Kenapa tidak digempur pusat maksit, pusat hiburan, pusat judi, pendatang asing? Kenapa pondok mengaji agama, anak yatim digempur."

Demikian antara keluhan dan kecaman netizen media sosial berikutan tindakan beberapa agensi pihak berkuasa yang menyerbu dan melakukan pemeriksaan di Pondok Kadir Al-Jaafar, Gua Tempurung, Gopeng, malam kelmarin.

Tular di media sosial mengenai serbuan oleh kira-kira 100 anggota penguat kuasa Pejabat Daerah dan Tanah Kampar; Jabatan Imigresen; Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIP); Jabatan Kebajikan Masyarakat; Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan polis.

Tindakan itu dikatakan dilakukan ketika pelajar sedang mengikuti kuliah agama. Pelajar turut diarah menjalani pemeriksaan air kencing bagi mengesan dadah, selain kad pengenalan dan butiran peribadi mereka diambil.

Difahamkan, pemeriksaan itu turut dilakukan kerana pondok berkenaan didirikan di atas tanah pihak lain.

Terkejut dengan tindakan itu, Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu mengarahkan pihak terbabit menyerahkan laporan lengkap.

"Saya telah mengarahkan pihak berkuasa yang terlibat dalam serbuan itu menyerahkan laporan lengkap kerana saya perlu tahu apa yang berlaku.

"Saya difahamkan ketika serbuan, pelajar yang sedang mengikuti kuliah agama diperiksa dan diminta untuk menjalankan ujian air kencing. Ini sesuatu yang pelik dan melampau," katanya kepada pemberita, semalam.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo