Selangor: Rombakan Portfolio EXCO Kerajaan Negeri

Mesyuarat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Bil 18/2018 telah berlangsung pada 27 Jun 2018 di Tingkat 20, Bangunan SUK Selangor. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang pertama dipengerusikan YAB Tuan Amirudin Shari setelah mengangkat sumpah sebagai Dato Menteri Besar Selangor yang ke 16 pada 19 Jun 2018.

Antara perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah pembahagian tugas mengikut portfolio di kalangan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Berikut adalah senarai Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dan portfolio mereka yang terbaru :


1. YAB Tuan Amirudin Shari diamanahkan memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan, Pembangunan Tanah dan Pengurusan Sumber Alam, Pembangunan Generasi Muda & Sukan serta Komunikasi Strategik

2. YB Datuk Teng Chang Kim pula sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Industri Kecil dan Sederhana.

3. YB Tuan V Ganabatirau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin.

4. YB Tuan Ir Izham Hashim sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani.

5. YB Datuk Abdul Rashid Asari sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan.

6. YB Dr Shaharuddin Badaruddin memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan.

7. YB Tuan Ng Sze Han pula sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awan dan Pembangunan Kampung Baru.

8. YB Puan Haniza Talha memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar.

9. YB Dr Siti Mariah Mahmud sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayan Wanita dan Keluarga.

10. YB Tuan Hee Loy Sian sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi.

11. YB Puan Rodziah Ismail sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan serta Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi.

Selain itu, antara agenda penting yang lain ialah pelantikan Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor yang baru. YB Hj Borhan Aman Shah, ADUN Tanjung Sepat telah mengangkat sumpah di hadapan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor ingin menegaskan bahawa YAB Tuan Amirudin Shari tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat bagi mewakili beliau dalam apa jua rundingan atau perjumpaan dengan individu, syarikat, agensi kerajaan ataupun badan swasta dan syarikat milik kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Segala bentuk perjumpaan atau cadangan boleh disalurkan menerusi Pejabat YAB Dato’ Menteri Besar Selangor ataupun Sekretariat Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

Dato’ Menteri Besar Selangor memberi ikrar akan terus mengemudi hala tuju pentadbiran kerajaan negeri dalam meneruskan kecemerlangan dan mengutamakan kebajikan rakyat dan negeri Selangor Darul Ehsan. Pentadbiran ini akan menjadi kerajaan untuk semua rakyat Negeri Selangor dan bekerja keras untuk memakmurkan negeri Selangor Darul Ehsan yang tercinta ini.


Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor
29 Jun 2018 / 15 Syawal 1439H
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget