NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sarawak: PBB, PRS, PDP, SUPP Keluar BN, Bentuk GPS


KUCHING – Empat parti tempatan Sarawak hari ini mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Parti Rakyat Sarawak dan Parti Demokratik Progresif Sarawak kini membentuk pakatan yang dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Penubuhan GPS diumumkan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, selepas mesyuarat khas di Ibu Pejabat PBB, di Jalan Bako, di sini, sebentar tadi.

GPS akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan terutamanya dalam hal berkaitan Sarawak.

Bagaimanapun, GPS tidak akan menyertai gabungan bersama Pakatan Harapan dan akan kekal sebagai pembangkang. – BH ONLINE

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/437044/pbb-prs-pdp-supp-keluar-bn-bentuk-gps

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo