NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sarawak ada hak ke atas Petronas - Sharifah Hasidah



Ordinan Perlombongan Minyak adalah undang undang yang sah dan digunapakai di Sarawak.
KUCHING: Penolakan Mahkamah Persekutuan berhubung tuntutan Petronas mengenai status di bawah Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 membuktikan Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958 Sarawak tidak boleh dimansuhkan begitu sahaja oleh mana-mana undang -undang.

Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, kemenangan itu turut membuktikan Sarawak mempunyai hak ke atas sumber minyak dan gas berkenaan.

"Petronas cuba mendeklarasikan PDA 1974 yang secara tidak lansung memganggap ia boleh memansuhkan kesahihan Ordinan Perlombongan Minyak.

"Ia tidak boleh sembarangan untuk dimansuhkan dan kehebatan pasukan peguam telah berjaya memberi hujah padat serta bernas sekali gus membuktikan kita di pihak yang benar.


"Alhamdulillah hakim Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan kita dan menolak permohonan Petronas," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Jelas Hasidah, ia juga membuktikan Ordinan Perlombongan Minyak adalah undang undang yang sah dan digunapakai di Sarawak.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo