Sabah: Warisan Fail Petisyen Cabar Keputusan Pilihan Raya



KOTA KINABALU – Parti Warisan Sabah (Warisan) memfailkan petisyen pilihan raya di mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di empat kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Setiausaha Agung Warisan, Loretto S. Padua berkata empat kerusi Parlimen itu melibatkan kawasan Kimanis yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Anifah Aman; Sipitang (Yamani Hafez Musa-BN); Libaran (Datuk Zakaria Edris-BN) dan kerusi Parlimen Keningau yang dimenangi oleh Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan.

"Bagi empat kerusi DUN pula melibatkan kawasan Sungai Sibuga yang dimenangi Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman; Kundasang (Dr. Joachim Gunsalam-Parti Bersatu Sabah (PBS); Sook (Datuk Ellron Angin daripada Parti Bersatu Rakyat Sabah), dan DUN Kiulu yang dimenangi Datuk Joniston Bangkuai daripada PBS," katanya kepada pemberita selepas selesai memfailkan petisyen pilihan raya itu di sini hari ini.

Beliau berkata petisyen pilihan raya itu dibuat kerana ada bukti berlakunya unsur penipuan pada PRU14 di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan.

"Berdasarkan bukti yang ada, kami percaya ada unsur penipuan yang dilakukan di kawasan berkenaan termasuk kewujudan kotak undi pos, politik wang, dan melambat-lambatkan proses menandatangani borang 14," katanya.

Loretto berkata lapan petisyen yang dibuat secara serentak hari ini, masing-masing diwakili pasukan peguam dan setiap pasukan mempunyai dua atau tiga peguam. – BERNAMA

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget