NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Projek KT-Bypass: Terengganu tunggu pembentukan kabinet pusat untuk bincang


Kita akan menunggu sehingga segalanya sempurna dan insya Allah kita letakkan ia sebagai satu agenda utama, kata Wan Sukairi.

Kerajaan negeri Terengganu menunggu pembentukan kabinet sepenuhnya bagi membolehkan urusan pembangunan di bawah kerajaan pusat di negeri itu dapat dibincangkan.

Exco Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia termasuk projek pembinaan jalan KT-Bypass.

Kata beliau, projek tersebut telah pun berjalan sebelum daripada ini dan pada peringkat kerajaan Pas di Terengganu, ia tiada masalah untuk diteruskan.

"Cuma kita akan selesaikan isu berkaitan dengan tuntutan daripada beberapa penduduk yang terlibat tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan yang sangat sedikit yang diterima sebelum ini.

"Jadi perkara itu sedang kita usahakan untuk menyelesaikannya dan ia adalah projek di bawah kerajaan pusat sebenarnya," katanya sebagaimana dilaporkan portal PAS Terengganu, Buletin Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Kesyukuran di perkarangan Pusat Tarbiyah DUN Wakaf Mempelam, Kubang Parit.

Katanya, semua perbelanjaan yang melibatkan KT- Bypass adalah daripada kerajaan pusat.

"Kita akan menunggu sehingga segalanya sempurna dan insya Allah kita letakkan ia sebagai satu agenda utama," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo