Presiden Umno: Peluang Ku Li Menang Cerah



Oleh Syakirin Daud

Tokoh veteran UMNO, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah mempunyai peluang lebih cerah apabila Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang juga calon luar berhasil memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO, kata penganalisis politik.

Kamarul Zaman Yusoff berkata perkiraan itu merujuk penerimaan calon luar oleh golongan muda yang berpotensi memberi tamparan hebat kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin yang dianggap sebagai pemimpin dalaman kerana mempunyai jawatan dalam parti sebelum ini berbanding Tengku Razaleigh.

"Kemenangan 'outsider' seperti Asyraf Wajdi untuk jawatan ketua Pemuda Umno akan mencerahkan lagi peluang 'outsider' seperti Ku Li untuk menang jawatan presiden.

"Nampak seperti ahli Umno menolak 'insider' dan ini memberi petunjuk sukar kepada 'insider' seperti Zahid dan Khairy, apatah lagi bila anak Zahid, Nurul Hidayah ditolak ahli Wanita Umno yang boleh ditafsir sebagai penolakan ahli Umno ke atas Zahid sendiri.

"Begitu juga dengan kekalahan Azwan Bro (Khairul Azwan Harun) yang disokong penuh oleh Khairy untuk jawatan ketua Pemuda yang menyukarkan peluang Khairy," katanya kepada kepada media pada Selasa.

Kamarul merujuk Asyraf sebagai calon luar kerana beliau tidak memegang sebarang jawatan utama dalam Pemuda manakala Tengku Razaleigh atau Ku Li pula turut tidak memegang jawatan tertinggi pada pemilihan lepas berbanding Khairy dan Zahid.

Beliau turut berkata kemenangan Asyraf yang berperwatakan islamis menjadi indikasi penolakan golongan muda terhadap calon yang bersikap liberalis.

"Bila Islamis menang ketua Pemuda, maka liberalis seperti Khairy sukar menang," katanya tanpa merujuk secara jelas individu yang diperkatakan.

Menurut Kamarul, walaupun Asyraf tidak menunjukkan sokongan secara langsung kepada Tengku Razaleigh, namun mereka berdua mempunyai hubungan baik antara satu sama lain.

"Walaupun mungkin Asyraf tidak mengumumkan sokongan terbuka kepada Ku Li, dapat dijangkakan majoriti ahli Pemuda Umno kini menyokong Ku Li dan sokongan Pemuda Umno ini sangat penting sebagai penentu kemenangan jawatan presiden," katanya. - Watan Online




Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget